Tuesday, November 4, 2008

Renaissance

Assalamualaikum

Umat Islam perlu mengadakan revival atau pembaharuan. Bukan terhadap agama suci ini, yang sudah begitu lengkap dan tiada cacat celanya, tetapi perubahan dalam diri individu Islam itu sendiri. Saranan ini aku tujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat tidak mengira position mereka.

Janalah pemikiran anda dengan berpandukan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang tercinta. Survival diri sendiri adalah atas diri sendiri, jangan hanya bergantung dengan orang-orang agama.

Kerana kedangkalan kita sendiri dalam merenangi lautan ilmu Islam yang luas inilah menyebabakan wujudnya istilah orang-orang agama. Akhirnya, lahirlah bermacam-macam polemik, baik kecenderungan menyalahkan golongan ini bila berlaku masalah dalam ummah sehingga penyanjungan ketahap hampir memaksumkan golongan orang-orang agama. Kita bukan Syiah, yang memaksumkan imam-imama mereka. Nauzubillah.

Bukan niatku menyaran kita menjadi celik agama ini untuk mencantas golongan agama, demi Allah, tidak sama sekali. Kita tiada ustaz, mufti, tok guru atau maulana bersama dengan kita dalam kubur nanti. Yang ada hanyalah kita dan amalan kita semasa hidup.

Zaman-zaman kehebatan Islam dahulu, pemuda-pemuda biasa di waktu petangnya duduk di taman dan berbincang isu ilmu. Mereka bercakap perkara-perkara yang besar, dan Islam itu mereka jadikan pakaian dan jatidiri mereka 24 jam.

Umat Islam zaman ini sangat perlukan renaissance pemikiran ala Islam tulen (berpandukan Quran dan Sunnah) serta kemahiran berhujah, dengan disiplin Islam. Hujah itu paksinya kebenaran, bukan kemenangan. Berbeza sekali dua tema itu.

Suka aku meminjam kata-kata seorang ahli politik tanahair, "Saya bukan seorang Islam yang baik, tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk Islam".

InshaAllah aku akan menulis lagi. Basahkanlah lidah kita dengan kalimah-kalimah memuji Allah, moga Allah kurniakan rahmatNya kepada kita.

Barakallahufikum.




No comments: