Showing posts with label Sabung Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Sabung Pemikiran. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Amah, Malaysia dan Jiran


Assalamualaikum

Hari ini heboh tentang isu gaji amah Indonesia yang membingitkan ramai orang, samada yang memang pengguna tetap perkhidmatan ini ataupun pencari kesilapan orang lain.

Terus kepada isu, apa sebenarnya yang wajar kita hayati? Hal amah Indonesia ini patut dihurai kepada beberapa aspek iaitu hubungan dua negara, keperluan, taraf kualiti yang membawa kepada tahap puas/tidak puas hati dan juga renungan.

HUBUNGAN DUA NEGARA:
Malaysia dan Indonesia adalah jiran tertangga. Biasalah hidup berjiran, pasti mudah terasa. Selama ini kita sentiasa dihidangkan dengan rajukan mengada-ngada jiran kita tersebut, yang biasanya membawa kepada respon biadap sesetengah rakyatnya.

Persoalan di sini, adakah mereka sahaja yang berhak merajuk? Apakah kita sahaja yang sentiasa terlajak perbuatan? Lalu adakah undang-undang baru skop kerja dan gaji amah ini menunujukkan kita sedang memujuk negara jiran atau takut dikutuk?

Tidak! Ini adalah cara paling kemas dan berhemah untuk mengajar mereka. Ya, seolah-olahnya kita tunduk dan terus menatang mereka dengan undang-undang baru ini, tetapi apa natijahnya?

Akhirnya, dengan sistem baru ini, pihak yang ingin mendapatkan amah akan mula mencari alternatif lain. Di sini jiran kita yang akan merasa kesannya.



TARAF KUALITI:
Mengapa kebarangkalian mencari alternatif lain itu tinggi? Ya, kerana kualiti itu sendiri.

Indonesia gagal memanfaatkan peluang untuk menjadi pengeluar amah berkualiti tinggi. Mereka hanyalah pengeluar amah berkuantiti tinggi.

Ini bukan dakwaan tetapi fakta. Ramai orang merungut tentang tahap perkhidmatan amah Indonesia yang tidak berkualiti sepeti tidak hebat dalam membuat kerja rumah, yang sepatutnya menjadi teras kepada perkhidmatan mereka.

Jadi, dengan merubah undang-undang pengambilan amah ini, secara perlahan-lahan kejelekan pihak jiran akan kita atasi. Buku bertemu ruas. Kamu sentiasa komplen dan kadang-kadang begitu kurang ajar terhadap kami di Malaysia. Jadi jangan disangka undang-undang baru ini sebagai tanda kami tunduk kepada kamu, sebaliknya ini adalah cara halus mengajar kamu.

Dengan kualiti yang tidak bagus dan tindak balas rakyat Indonesia yang melampaui batas selama ini, kesanggupan orang untuk membayar gaji tersebut pasti pudar. Buat apa bayar lebih pada kualiti yang tidak kemana. Baik dicari sahaja alternatif lain.

KEPERLUAN:
Tidak dinafikan perkhidmatan amah ini satu keperluan, tetapi amah Indonesia bukan segalanya.

Tindakan melaksanakan undang-undang baru ini sebenarnya membuka banyak lagi ruang untuk orang Malaysia khususnya membangunkan perkhidmatan amah secara domestik. Peluang pekerjaan akan bertambah, tanpa merugikan negara dalam hal ehwal pertukaran matawang.

Cumanya, semua perkara perlu ada perancangan dan perlaksanaan yang komprehensif. Jadikan kerjaya amah ini lebih menarik, dan didiklah masyarakat tentang kepentingan menghargainya, baik sebagai satu jenis pekerjaan mahupun dalam aspek tatasusila hubungan kemanusiaan. Tidak perlu memandang rendah dan rasa malu terhadap kerjaya ini.

Dan yang utama, ramai orang di alam Malaysia yang bertuah ini masih memerlukan pekerjaan!

RENUNGAN:
Janganlah sentiasa prejudis. Ini bukan masanya untuk menghentam kerajaan. Kalau ya pun tidak menyokong, ajarlah diri ini untuk menyabung pemikiran.

Takkanlah kerajaan Malaysia perlu berterus terang dalam mengajar perangai mengada-ngada jiran kita ini? Biar berkias dan berlapik, itu seninya.


Bayangkan kalau jiran sedar akan strategi ini, pasti mereka akan muhasabah demi masa depan industri amah mereka. Kalau ditegur secara terus, mungkin kedutaan kita diserang lagi.

Oleh itu, buanglah unsur skeptikal yang sangat melampau. Hargailah, kalau bukan selalu, tindakan pemerintah. InshaAllah, kita akan lebih dekat kepada mereka yang adil.

Akhir kata, ini cuma pandangan sahaja. Tetapi aku puas hati dengan perlaksanaan ini, demi perubahan kearah kebaikan. Cuma, jangan duduk membatu menunggu pembaharuan. Jangan sentiasa terburu-buru menzahirkan pemikiran.

Barakallahufikum.

Wednesday, May 12, 2010

Bahaya Sinonim



Assalamualaikum

Kita semua memahami erti sinonim sebagai satu gambaran tentang persamaan antara beberapa perkara, hal atau individu dengan yang lain. Sinonim ini memperlihatkan sesuatu itu dengan kembarnya.

Namun, sedarkah semua bahawa budaya 'mensinonimkan' sesuatu dengan sesuatu ini bukan sesuatu yang semestinya tepat? Sudah banyak hal di dalam kehidupan ini menjadi sempit dan tidak adil, akibat gejala 'mensinonimkan' ini. Dan sudah banyak perkara dalam kehidupan ini mendapat kredit mahupun pandangan positif dan bersih, sekalipun kenyataanya perkara tersebut adalah mungkar ataupun salah, semua gara-gara kerakusan manusia mendampingkan hal tersebut dengan sesuatu benchmark yang baik dan elok.

Dalam penulisan kali ini, suka aku untuk menarik keluar beberapa contoh, samada sejarah mahupun yang semasa, kesan hal yang cuba dilontarkan dalam perenggan tadi.

Barang diingat, sinonim bukan semestinya salah, tetapi sangat jauh dan tidak wajar untuk menjadi penunjuk ataupun indicator kepada betul atau salah sesuatu itu. Ia sebenarnya menyebabkan sesuatu yang subjektif dan terdedah kepada tafsiran dan perbincangan menjadi sempit.


Apabila kebanyakan orang Islam era akhir zaman ini mensinonimkan rambut (wanita) dengan aurat, kita boleh lihat akan kesannya. Bagaimana ramainya kaum wanita yang menitik beratkan hal ehwal pemakaian tudung, namun bagi pakaian lainnya, yakni baju mereka diremah-temehkan. Mereka-mereka ini percaya kononnya apabila rambut atau kepala itu sudah ditutup, lengkaplah sudah dress code seorang Muslimah! Sedangkan pakaian mereka masih sahaja ketat dan mencabar mata.

Lebih teruk lagi, pernah seorang artis wanita bertudung,apabila didapati dalam satu persembahannya, beliau tidak bertudung, mendakwa yang beliau tidak sedikit pun menunjukkan auratnya, kerana menurut beliau, rambut sejatinya telah ditutup oleh rambut palsu (yang dipakai untuk menghidupkan wataknya dalam teater tersebut). Sedangkan lehar dan dada beliau terdedah! Lucu tapi benar.

Benar, rambut itu aurat wanita, tapi ada lagi bahagian dan keperluan lain yang wajib ditutup, demi menuruti kehendak syarak. Nasihatku, janganlah anda wahai wanita Islam di luar sana menjadi seperti yang diingatkan baginda SAW, tentang wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang! Nauzubillah.

Satu lagi kemudharatan yang dibawa akibat tindakan 'mensinonimkan' ini ialah apabila kita berpegang kepada falsafah Melayu itu Islam. Pertama sekali, kita semua harus sedar bahwasanya ketentuan tentang bangsa/keturunan dan suku seseorang itu bukan sesuatu yang boleh dipilih. Lahir Melayu, Melayulah bangsa orang itu. Lahir Arab, Arablah bangsa orang itu, dan sebagainya.


Tidak seperti halnya dengan agama atau kepercayaan, kerana manusia telah dibekalkan hak oleh Pencipta untuk membuat pilihan. Lalu, marilah kita kembali kepada hakikat sebenar kehidupan ini. Jangankan kita orang Melayu, mereka yang berbangsa Arab pun, iaitu bangsa pertama yang kenal akan keindahan dan kehebatan Islam (yang disebarkan oleh baginda SAW), iaitu mereka yang sebangsa dengan rasulullah SAW yang tercinta, tidak 100% Islam.


Aku bukan mahu bicara soal murtad, tetapi lebih kepada penyelewengan, samada secara sengaja atau tidak, yang berlaku akibat berpegang kepada persamaan 'Melayu=Islam'. Lihatlah apa jadi kepada fekah itu sendiri, sempit dan menyusahkan, apabila ramai percaya budaya keMelayuan itu harus digabungkan atau dihybridkan dengan hukum Islam.


Lihat sahaja kepayahan yang wujud dalam hal ehwal pernikahan dan perkahwinan. Dari A-Z, perkahwinan zaman sekarang boleh membuat impian seseorang itu terbantut. Sedangkan rasulullah SAW dan Islam menganjurkan satu konsep yang sangat mudah dan menceriakan, demi menzahirkan cinta sesama manusia itu ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Persamaan Melayu=Islam ini juga boleh kita lihat dalam struktur politik orang Melayu di negara tecinta ini. Aku percaya dan yakin, terdapat ramai pejuang politik dalam parti politik Melayu terbesar di negara kita ini, ada niat untuk memperjuangkan Islam. Tetapi, akibat terlalu berdamping dengan teras 'bangsa' di dalam agenda parti, mereka-mereka ini tidak kelihatan ultra Islam. Dan mungkin juga, mereka-mereka ini menyangka apa sahaja untuk Melayu, adalah untuk Islam.


Sedangakan Islam itu tersangatlah luas. Apa sahaja untuk Islam, adalah untuk semua manusia dan dunia. Itulah gambaran ataupun falsafah perjuangan politik Islam, yang wajar dikepalai oleh usaha da'awah, bukan politik somborono tarik undi, melempar cacian dan penuh sentimen. Dengan tegas aku katakan, politik somborono ini bukan politik Islam ala rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Mungkin huruf 'M' itu, yang selama ini dikenali sebagai 'Melayu', boleh kita tukarkan kepada Muslim. InshaAllah, prospek akan menjadi lebih luas, matlamat pula lebih segar, jelas dan jitu. Tapi jangan hanya tukar nama sahaja, objektif, misi dan visi wajib diperbetulkan.


Islam itu bukan calang-calang untuk disinonimkan dengan apa atau siapa. Islam itu milik Allah SWT, bukan Sultan, Raja, Menteri, Ulama, Tok Guru, De Facto dan lain-lain. Kerana Allah Azzawajjal mengingatkan kita bahawasanya di akhir zaman ini, Islam itu diguna pakai oleh pihak tertentu untuk meluaskan/melariskan agenda mereka sendiri.

Tidak salah beragenda, andai agenda itu adalah agenda memperluaskan syariat Allah (dengan cara yang betul). Dan tidak salah mengguna pakai Islam, kerana selain kebenarannya, itulah tanggungjawab kita semua sebagai hamba.

Banyak lagi bahaya sinonim yang kita boleh lihat. Aku berharap, dengan contoh-contoh di atas, yang lebih bersifat pendedahan dalam bentuk pandangan peribadiku, kita semua akan lebih sensitif dan waras.

Tiada hukum salah atau betul berkaitan hal ini, cuma terletak kepada kita untuk membimbing minda dan idea kita ke arah jalan lurus milik Allah SWT.

Barakallahufikum.

Monday, March 22, 2010

Tuhan dan Agama


Assalamualaikum

Semua manusia percaya kepada tuhan. Biar apa pun agamanya, malah yang tidak mahu beragama, manusia itu percaya kepada tuhan. Apabila hati ini mengiakan akan adanya satu kuasa yang mengawal segala perjalanan alam, secara mudah atau konteks yang lebih rumit, manusia akan memperakui adanya tuhan, dengan kepelbagaian terma. Terma pula bergantung warisan dalam agama tersebut ataupun kepercayaan itu sendiri.

Memperakui adanya tuhan dengan 'secara mudah' adalah pilihan hampir kesemua manusia, terutama bagi yang memiliki agama dalam kehidupan mereka, sekalipun tidak dipratikkan. Namun, dalam level ini, manusia berbeza mengikut tauhid atau core dalam kepercayaan tersebut, berdasarkan teori atau didikan agama yang dianuti.

Sebab itulah ada konsep tuhan yang satu, trinity, dewa-dewi dsb.

Manakala bagi mereka yang mahu kompleks atau mengkomplekskan, biasanya golongan yang kononnya tidak percaya tuhan, atheist, free thinker dan seangkatan dengannya, jauh disudut hati dan benak mereka, tuhan itu ada. Cuma sekali lagi diulang, terma mungkin pelbagai, tetapi idea itu tetap sama.

Golongan yang mengkomplekskan adanya tuhan ini, kononnya mahu berdiri atas fakta logika dan saintifik, tanpa mereka tahu dihujung setiap hujjah mahupun andaian itu pastinya buntu, yang hanya akan terlerai apabila hati kecil mereka mudah mengiakan adanya kuasa yang sangat super yakni tuhan. Allahuakhbar!

Aku pernah berbicara dengan seorang manusia yang mengaku atheist, atas dasar apa beliau memilih menjadi demikian. Alhamdulillah, penghujjahan aku tidak memakan masa yang panjang, bagi mengeluarkan dirinya daripada 'tidak percaya adanya tuhan' kepada 'tidak percaya agama'..

Ya para pembaca, manusia tidak akan sekali-kali menolak akan adanya tuhan, kerana, seperti lapar habuannya makan, mengantuk jawabnya tidur, percaya kepada adanya tuhan itu adalah nature atau sifat semulajadi manusia.

Individu yang mengaku atheist itu, apabila aku ajukan pertanyaan tentang apa atau siapa di sebalik sistem alam ini contohnya sistem solar dsb, pada awalnya menghujjahkan resposif akan hal-hal berkaitan sistem ini adalah melalui kejadian saintifik.

Tetapi apabila aku mengajaknya untuk menyelam lebih dalam, beliau sendiri yang mengatakan "pasti ada sesuatu yang sangat berpengaruh menggerak dan mengawal hal-hal ini semenjak dari awal, yakni daripada sekecil-kecil proses sehingga ke fasa yang lebih jauh.."

Lalu apa yang sebenarnya ditolak oleh hati dan akal individu itu? Ia tidak lebih hanyalah kekusutan beliau dalam mempercayai agama, yang pada pandanganku, adalah keadaan biasa apabila seseorang itu tidak dididik atau mendidik dirinya dengan hal ehwal agama.

Hal seperti ini boleh dilihat, hatta dalam rumahtangga umat Islam sendiri, seperti kes-kes mempertikaikan pemakaian menutup aurat, keperluan solat, hiburan dsb. Cuma bezanya, belum sampai ke tahap menolak atau meninggalkan agama. Namun risiko itu kekal ada andainya individu tersebut terus sesat dalam penilaiannya. Nauzubillah.

Tuhan itu ada. Mudah, kerana itu adalah hakikat yang Allah SWT sertakan dalam jiwa manusia ciptaanNya. Sebab itulah, Islam itu datang dengan kalimah syahadahnya yang menyeru manusia memperakui bahawa 'tiada tuhan melainkan Allah'.., bukannya 'Allah itu ada' atau 'tuhan itu Allah'..

Baris-baris di atas berbeza maksud dan isinya. Kalimah syahadah adalah satu seruan kepada manusia, yang sememangnya percaya kepada adanya tuhan, agar mencari tuhan menggunakan jalan yang betul.

Maksud mudah, tolak semua tambahan atau penyelewangan yang telah dicipta dengan tangan manusia serta manipulasi oleh akalnya (manusia), tentang kononnya tuhan itu ada anak atau berbapa, atau kononnya berhala itu mewakili kepelbagaian jenis tuhan, atau matahari itu tuhan, atau pokok dsb itu tuhan, lantas memeluk konsep tauhid yang sebenar, iaitu tuhan itu satu, dengan lafaz tiada tuhan melainkan Allah!

Jadi, kepada saudara-saudaraku, apa yang kita harus kempenkan kepada umat manusia adalah kepada penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan bersandarkan jalan Islam. Jalan Islam?

Ya, jalan yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW. Kempen nabi SAW adalah agar umat manusia meninggalkan keserabutan tuhan rekaan nafsu manusia, meninggalkan kehidupan bertuhankan sesama manusia (atas andaian kononnya adanya anak tuhan, firaun, ayah pin dsb)serta kemungkaran menyembah berhala (objek mahupun unsur lain) yang dibuat atas alasan ketuhanan, sebaliknya kembali kepada penyerahan diri secara total kepada tuhan sebenar dan yang satu, yakni Allah SWT.

Sebab itu, ucapkanlah 'la Ilahaillallah, Muhammadurrasulullah'.. Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah..

Di sinilah kita akan nampak apa relevannya agama, dan mengapa perlu selektif dalam menjadi insan yang mahu beragama. Nanti dulu, bukankah semua agama mahu memandu penganutnya ke jalan tuhan?


Inilah senjata penting untuk menidakkan idea-idea pluralisme atau pemikiran yang menganggap semua agama itu sama. Memang benar semua agama mahu memimpin ke arah jalan ketuhanan, tetapi bukankah panduan-panduan tersebut berbeza-beza antara satu agama dengan agama yang lain?

Bagaimana pula boleh dikatakan semua agama itu sama?

Inilah korupsi minda manusia yang cuba menidakkan hakikat. Pluralisme itu satu dakyah kosong tanpa hujjah yang benar. Bagaimanakah Islam mahu disamakan dengan Hindu? Bagaimanakah Kristian mahu disamakan dengan Islam?

Sesungguhnya, apabila intipati atau dasar agama itu sudah berbeza, sudah pastilah ada yang betul dan ada yang salah. Sebab itulah, jadilah selektif dan pilihlah jalan yang betul.

InshaAllah, apabila manusia jujur mencari kebenaran serta tidak putus-putus merintih padaNya, walau apa juga agama seseorang itu saat tersebut, dia pasti akan melafazkan kalimah 'la ilahaillalah Muhammadurrasulullah' selepas itu.


Ketahuilah semua, Allah SWT itu tidak lokek! Subhanallah.

Barakallahufikum

Wednesday, November 25, 2009

Persepsi Sebagai Asas Tafsiran



Assalamualaikum

Agak lama aku tidak memposting wacana pemikiran ku di layar moden ini. Kesibukan memenuhi tuntutan naluri dan hal-hal masa depan membataskan aktivitiku, walaupun ada beberapa penulisan yang menunggu saat untuk dipublish.

Untuk post kali ini, aku hanya ingin menyentuh tentang perihal sesetengah manusia dalam hal membuat tafsiran atau pandangan.

Tafsiran adalah output selepas berlaku pertimbangan minda oleh seseorang. Yang perlu kita pastikan adalah sumber yang dipilih untuk dijadikan input, agar tafsiran kita menghampiri protokol ilmiah, menjurus kearah keadilan dan meniti titi kebenaran.

Walaupun atas satu hal yang sama tetapi mendapati lebih daripada satu tafsiran yang berbeza, selagi mana tafsiran-tafsiran tersebut didokong oleh input yang berwibawa, kita wajar memanfaatkan perbezaan tersebut, seandainya tafsiran-tafsiran tersebut menyuburkan lagi ladang ilmu dan meluaskan faedah kepada masyarakat.

Input yang berwibawa? Tidak lain dan tidak bukan iaitu fakta. Dalam konteks agama Islam, itulah nas-nas dan dalil-dalil yang sahih. Tafsiran perlu berasakan fakta agar ia selari dengan realiti akal dan kebenaran.

Namun, tidak semua antara kita memilih fakta dalam menafsir apalagi berhujah. Untuk membuktikan hal ini, aku cadangkan kita semua cukuplah dengan memandang barang sekilas dua keadaan semasa.

Lihatlah betapa manusia begitu cenderung menjadikan persepsi sebagai asas tafsiran, baik bidang agama, politik, pendidikan dan pelbagai lagi.

Fakta dipekup hidup-hidup, sedangkan persepsi diangkat menjadi major input dalam melahirkan tafsiran.

Persepsi kepada individu yang disanjung dan yang dibenci akan melahirkan tafsiran yang berbeza keatas hal dan situasi yang sama. Itulah yang menjadi tunjang dalam arena politik negara kita. Aku akan menyiarkan penulisan bertajuk 'Siasah Emosi' untuk mengupas hal ini.

Label rasuah akan dicampakkan kepada musuh, tetapi kepada orang yang disanjung, ia akan ditafsir sebagai sedekah ataupun hadiah.

Aku bukan menjurus kearah mana-mana pasukan siasah, tetapi aku cuma menggariskan realiti yang berlaku, apabila manusia sewenang-wenangnya melanggar etika dalam berhujah dan mentafsir.

Andai betul sekalipun dakwaan itu, kita sama sekali tidak wajar untuk mengangkat persepsi menjadi asas dalam menafsir sesuatu keadaan, kerana nilai keadilan, ilmu dan kebenaran seakan-akan dicabuli.

Dalam kecoh hal pertembungan yang berlaku antara jabatan agama dengan seorang pendakwah, kita boleh lihat dengan jelas bagaimana persepsi negatif yang telah dicalit keatas reputasi pendakwah tersebut dijadikan asas bagi menafsir aktiviti beliau, yang akhirnya mencacatkan reputasi jabatan itu sendiri, akibat ianya tidak lebih hanya sekadar andaian bukan hujah konkrit.

Sanjungan terhadap syiah dan Iran semuanya adalah atas revolusi pemikiran yang menjadikan persepsi sebagai nadi baru dalam mengutarakan hujah dan mengesahkan tafsiran. Malang sungguh mereka yang bersungguh-sungguh dengan kelompok ini, sehingga merencatkan pemahaman Islam yang sebenar.

Itu sebahagian daripada contoh yang suka untuk aku kongsikan. Anggaplah penulisan kali ini sebagai mukadimmah dalam aku membicarakan hal-hal berkaitan fakta vs emosi.

Mengapa kita perlu teliti dan bicara hal-hal ini? Kerana kebenaran hakiki yang dianjurkan Islam seperti yang dipelopori rasulullah SAW demi mencapai janji Allah SWT memerlukan kita, dengan dokongan iman, memandu akal kurniaan Illahi ini kearah kebenaranNya, yang semuanya dapat dirungkaikan dengan fakta dan hujah berpandukan Al Quran dan As Sunnah.



Tidak salah berpersepsi dan beremosi, kerana itulah hakikat makhluk bernama manusia, tetapi malang sekali, dalam keluasan ilmu dan bukti-bukti daripada Illahi, yang diberikan kepada makhlukNya, kita tidak manfaatkan bagi menerokai alam ilmu, menegakkan lagi tiang keadilan serta mencantikkan kehidupan dengan kebenaran!

Barakallahufikum.

Thursday, August 27, 2009

Akal Wajib Berselimutkan Fakta


Assalamualaikum

Manusia telah dibekalkan oleh Penciptanya dengan akal. Apa rasionalnya akal?

Akal perlu berinteraksi dengan fakta untuk memaksimumkan fungsinya.Lagi pula, akal yang sihat dan waras sebenarnya tidak mampu menafikan kebenaran sesuatu hal, walaupun ia(abiliti akal tersebut) bergantung kepada kapasiti pemiliknya.

Apabila kapasiti akal seseorang itu bertembung dengan sesuatu fakta yang sukar untuk dirungkai oleh akal individu itu, maka akan keluarlah perkataan "Aku tak tahu" atau "Aku tak pasti" dsb.

Itu adalah lumrah, kerana, kapasiti akalnya tidak mengizinkan orang itu mengerti. Dan kerana sebab inilah, manusia belajar.

Tapi, kapasiti akal boleh ditambah, bergantung sejauh mana pemiliknya belajar dan menggerakkan pemikiran mindanya.

Kita belajar tambah dan tolak dalam Matematik tahun 1, darab dan bahagi dalam Matematik tahun 2. Andai kata soalan tentang darab dan bahagi ditanya semasa seseorang itu masih di tahun 1, sudah pasti pelajar tersebut tidak dapat menjawabnya, kerana kapasiti akalnya masih belum dikembangkan.

Tetapi apabila pelajar tersebut masuk ke tahun 2, sudah pasti pelajar tersebut dapat menjawab soalan berkaitan darab dan bahagi, kerana akalnya telah dilatih untuk mengerti hal tersebut.



Itulah yang aku faham tentang akal kurniaan Allah SWT. Dengan kata lain, akal dikurniakan oleh Allah SWT bertujuan supaya manusia dapat menilai sesuatu hal yang diwujudkan olehNya dengan rasional dan kewarasan.

Menambah kapasiti akal serta mempertajamkannya lagi memerlukan sumber lain. Sumber itu haruslah memenuhi keinginan akal, yang mahu berinteraksi dengan fakta!

Tidak dinafikan, tidak setiap masa akal itu boleh memahami fakta, kerana pelbagai sebab. Tidak faham atau belum belajar dsb adalah antara faktornya. Apapun, sekiranya sesuatu itu adalah fakta, sifatnya pasti tepat dan betul!

Lalu, sumber manakah yang dapat menangani keinginan akal? Apakah pembekal fakta bagi menyelimuti akal manusia?

Jika ingin memahami tentang sains, kita akan menelaah buku sains. Jika kita ingin belajar matematik, kita perlu membuka buku matematik.

Bagaimana dalam konteks yang jauh lebih luas iaitu kehidupan? Yang lebih specifik lagi kehidupan rohani? Perlu kita tahu, rohani kita memerlukan belaian agama@kepercayaan. Sebab itu hampir seluruh manusia di dunia ini beragama, sekalipun mungkin orang itu tidak celik agama.

Kerana tidak celik agamalah, manusia cenderung memilih sesuatu yang fiksi dan emotion driven@dipengaruhi emosi, bukan fakta.

Ingatlah, walaupun agama itu sering dikaitkan dengan spritual, agama tetap perlu hadir dengan hujjah yang ditunjangi oleh fakta!

Agama sama sekali tidak boleh dihidupkan dengan andaian, apa lagi kisah-kisah khayalan dan mitos.

Bagaimanakah agama, iaitu sesuatu yang menjadi pusat kebenaran didirikan dengan andaian?

Sebab itulah, selama 23 tahun, nabi SAW keluar berdepan dengan masyarakat untuk menyampaikan Islam melalui fakta. Dan dalam tempoh ini, hujjah baginda SAW tertumpu kepada rohani dan psikologi.

Lihatlah sendiri akan mukjizat terbesar baginda SAW, iaitu Al Quran. Satu kitab yang penuh dengan hujjah kebenaran. Tidaklah nabi itu berda'awah dengan hal-hal yang sukar diterima akal.

Tidak pernah pun rasulullah SAW, dalam misi menegakkan da'awah Islam, berjalan diatas air, menjadi halimunan dan pelbagai lagi hal luar biasa demi mempengaruhi masyarakat ketika itu.

Walaupun memang ada hal-hal luar pemikiran kita dilakukan oleh baginda SAW, tetapi itu semua adalah sampingan untuk menyerlahkan kenabian baginda SAW.

Tetapi dalam bab-bab hujjah, baginda mendekati minda manusia dengan fakta. Baginda SAW menyeru manusia menghambakan diri kepada Allah SWT secara selari dengan kehendak manusia itu sendiri yang mahu berkasih dan mendekati diri dengan tuhannya.

Tiada amalan yang menentang arus kemanusiaan, seperti mencederakan diri, mengelak perkahwinan, tidak makan itu dan ini dsb demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kerana ada nafsu seks dan mahu berkasih sayang, maka Islam menganjurkan perkahwinan.

Kerana bahana zahir dan batin yang dibawa oleh arak dan bahan-bahan yang memabukkan terhadap manusia, Allah SWT mengharamkan manusia mengambil bahan-bahan tersebut.

Kerana adanya segelintir kumpulan manusia yang suka memilih kekerasan dan peperangan untuk menegakkan kepercayaan mereka serta mendominasi orang lain, maka terkandung didalam Islam itu jihad berperang.

Kerana ramainya jumlah wanita berbanding lelaki, Islam menyediakan poligami sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah wanita yang tidak dapat berkahwin.

Kerana tidak mungkin semua pasangan suami isteri itu mampu hidup dengan rukun dan harmoni untuk selamanya, Allah SWT telah menghalalkan penceraian supaya segala kesulitan dan pertelingkahan tidak berlarutan.

Ingat, jangan pandang buruk kepada peceraian, kerana tanpa sistem ini, suami isteri yang sudah tidak sehaluan hanya akan menambah lagi kesilapan dan keburukan dalam rumah tangga mereka.

Dan banyak lagi fakta-fakta yang menyokong kebenaran Islam. Kalau kita rajin mencari dan mengkaji,pasti kebenaran itu akan terserlah dalam jiwa kita.

Seperti sedarnya manusia tentang putaran bumi, kewujudan bintang, bulan, sistem fizikal manusia, aturan kejadian manusia dan banyak lagi adalah atas pendedahan yang terkandung di dalam Al Quran.


Apabila akal itu wajib berselimutkan fakta, maka ambillah Islam itu sepenuhnya agar kesihatan minda kita terjamin, lalu dapat menjernihkan jiwa ini dalam menjadi manusia yang sepatutnya.

Manusia sepatutnya, iaitu yang berasal dari syurga.

Barakallahufikum.

Tuesday, April 21, 2009

Sistem Yang Keliru



Assalamualaikum

Masyarakat dunia kini berhadapan dengan kemelesetan ekonomi yang sangat berat. Mengikut pengamatan aku, kemelesetan atau kegawatan ini bukan menumpahkan implikasinya kepada ekonomi semata-mata, malah banyak lagi perkara lain yang akan terheret sama.

Kapitalis secara kasar, mengikut kefahaman aku bererti selagi mana sesuatu pihak itu mampu memaksimum pemilikan atau kepentingannya, itu dikira sebagai hak pihak tersebut.

Sebab itulah kita boleh lihat di era ini, masih ada sahaja manusia yang tidak makan seperti manusia@super miskin, tetapi dalam masa yang sama ramai juga manusia lain yang bukan sahaja boleh makan berlebihan, malah menginsuranskan bahagian-bahaagian badan pun ada!

Kapitalis bukan sistem ekonomi semata-mata tetapi merupakan ideologi pemikiran. Barat atau lebih tepat Amerika Syarikat mengiklankan konsep ini sejajar dengan sistem pemerintahan yang bernama demokrasi.

Ya, demokrasi, suatu sistem yang dipandang hebat oleh manusia zaman ini, termasuk juga yang mengaku pejuang Islam.

Demokrasi dan kapitalis datang secara berpakej. Apabila sesuatu perundangan itu berdasarkan atau bertumpu kepada people request atau kehendak rakyat, dengan bertermakan hak asasi, sudah pasti apa jua lapangan akan menuntut prospek yang sama, yakni sama rata sebagai asas kepada hak masing- masing.

Kepentingan manusia atau rakyat memang wajib dibela, tetapi perlu ada sempadannya. Dalam konteks ini, demokrasi gagal bertindak dengan secukupnya. Ialah, kadar demokrasi itu sahaja adalah begitu terbatas, baik pengertiannya mahupun kapasitinya.



Tanpa disedari, akibat mendahulukan suara manusia sehingga meletakkannya ditempat tertinggi, perlahan-lahan jiwa kapitalis akan lahir. Apabila semua orang menzahirkan sesuatu yang didakwa sebagai hak mereka, tiada siapa mahu mengalah lagi.

Disaat itu, bertembunglah pelbagai tuntutan, yang kalau kita ukur menggunakan konsep demokrasi, tiada siapa yang boleh dipertikaikan keinginannya.

Sebab itulah, seperti yang kita tahu, kaum songsang atau gay disesetengah negara barat dengan lantang menuntut hak mereka untuk mengamalkan hidup gaya pelik mereka itu, atas dasar hak asasi dan demokrasi.

Inilah kesan apabila manusia ditatang secara melampau. Pelbagai golongan akan mencipta hak dan kemudiannya keluar menuntut hak tersebut. Lalu, bercakaranlah antara hak yang wujud semenjak azali dengan hak yang direkacipta manusia berkiblatkan nafsu dan emosi.

Umpama seorang maknyah berkelahi dengan seorang gadis demi merebut seorang teruna, siapa yang lebih berhak? Bukankah dalam amalan demokrasi, manusia itu terjamin haknya?

Persoalannya disini, bagaimanakah hak itu boleh diukur? Mampukah demokrasi menjadi pengukur yang tepat?

Jika ya, mengapakah dikala ini manusia tersepit dalam pelbagai situasi yang kritikal? Seperti situasi politik di Thailand, Sri Lanka, Indonesia juga Malaysia. Adakah demokrasi itu meringankan atau sebaliknya?

Di Thailand, rusuhan yang berlaku dialasankan dengan kepincangan amalan demokrasi oleh kerajaan memerintah. Benarkah? Sampai manakah tahap kepincangan tersebut boleh dikenalpasti?

Inilah padah bila semua orang menggila mahu memiliki upper hand atau kelebihan atas satu sama lain, dengan alasan demokrasi.

Aku tidak menyokong mana-mana kerajaan atau parti, malah aku bukan peminat setia kerajaan negara kita ketika ini, namun tidak bermakna proses menukar atau membaik pulihnya harus beralatkan emosi rakyat atau pengundi, yang terang-terang dijajah madah orang politik.

Negara-negara yang mengamalkan demokrasi semuanya gagal, bukan kerana lemahnya pentadbiran, tetapi kerana demokrasi itu sendiri terlalu fleksibel dan mudah dimanipulasikan.

Apabila Malaysia misalnya, mengagungkan amalan demokrasi, secara jujur, seharusnya tidak perlu mana-mana akta pun untuk melindungi hak pihak atau kaum tertentu, kerana jika itu berlaku, tidak tercapailah erti demokrasi itu.

Tetapi, jika semua pihak mendapat nilai yang sama tanpa ukuran yang tepat, berdasarkan sejarah dan keperluan semasa, mampukah sesebuah negara itu menjadi stabil?

Misalnya, apabila peratus jumlah orang Cina kurang daripada Melayu, tetapi kuota kemasukan ke IPTA adalah sama, adilkah itu? Secara demokrasi, seharusnya tidak perlu pilih warna, tetapi secara zahir, mampukah demokrasi menanganinya?

Contoh lain, perlukah golongan pengkid diberi ruang untuk mempengkidkan hidup mereka, sehingga menggangu gugat hak lelaki tulen, baik dalam urusan mencari teman akibat dikebas kaum pengkid mahupun hal-hal lain? Jika kita katakan tidak, adakah amalan demokrasi itu terlaksana?

Demokrasi sangat mengelirukan!

Negara barat sering menggambarkan diri mereka sebagai jagoan demokrasi, tetapi sebenarnya merakalah bangsa yang sangat terperangkap dengan dakyah mereka itu.

Ini sangat ketara bila mereka dengan bongkaknya mencampuri urusan negara lain. Demokrasi itu tidak salah, cumnaya sistem ini terlalu lemah untuk dilaksanakan keatas manusia yang memiliki jiwa.

Akhirnya, jiwa manusia itu perlu diikat terlebih dahulu dengan satu sumber yang kuat dan spritual, barulah manusia akan lebih jelas tentang hala tuju kehidupan mereka.

Seperti memperkenalkan rukun negara keatas rakyat Malaysia, agar semua rakyat terikat dengan janji yang sama, sekalipun akhirnya rukun negara ini tidak lebih hanyalah sekadar omong kosong.

Di negara barat, pengikut ideologi-ideologi selain demokrasi dan kapitalis seperti socialis, anarki dsb sudah mula keluar untuk mempromosikan ideologi mereka, selepas mereka sedar betapa kapitalis dan demokrasi tidak dapt mengungguli keperluan manusia.

Perlu kita sedar, ideologi-ideoligi ini semua adalah hasil minda manusia semata-mata, yang akhirnya pasti akan mengembalikan kebuntuan yang tak sudah-sudah.

Cumanya, mereka berani kedepan. Bagaimana pula dengan kita umat Islam yang sering melaung-laungkan kesempurnaan agama ini? Adakah mahu menang sorak sahaja?


Apapun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Tiada satu pun pihak yang kedepan untuk mengetengahkan solution kepada kebuntuan demokrasi dan kapitalis hadir dengan satu sistem berdasarkan agama.

Adakah kerana mereka terlalu liberal dan sekular atau sememangnya agama mereka kosong?


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.


Surah AlMaa’idah. Ayat 049 - 050.


Da'awah Islam akan menang, itu satu kepastian. Persoalannya, mahukah kita memiliki saham-saham dan bon-bon melalui da'awah tersebut?

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Surah Faatir. Ayat 029.

Barakallahufikum.

Saturday, February 21, 2009

Hak Memilih Bukti KeadilanNya



Assalamualaikum

Seringkali kita dengari ungkapan atau keluhan yang berbunyi "Sudah takdir Tuhan, nak buat apa lagi.." dan yang sewaktu dengannya.

Manusia memang begitu. Sifat mencari sesuatu untuk disalahkan seakan-akan sudah menjadi tabiat wajib dalam diri masing-masing. Asal boleh dicari, pasti ada sesuatu untuk dijadikan kambing hitam.

Tetapi lain pula jika yang dikecapi itu sesuatu yang manis. Manusia lebih cenderung untuk mencari seberapa banyak kebaikan daripada diri sendiri agar dapat dihebahkan kepada umum.

Apa pun,kita harus sedar bahawa di dalam hidup ini segala yang kita lakukan adalah atas pilihan kita sendiri. Ketahuilah sesungguhnya Allah Azzawajjal telah menganugerahkan kita dengan kebolehan membuat pilihan, berdasarkan batas jiwa dan minda kita.

Banyak ayat di dalam Al Quran yang menunjukkan manusia ini diizinkan Allah untuk memilih apa yang mereka mahu.

Tetapi kamu memilih kehidupan dunia,

Surah AlA'laa. Ayat 016.

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil/memilih jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).

Surah AlMuzammil. Ayat 019.


Menyedari tentang hakikat ini sangat penting, supaya kita dapat mengerti dengan lebih jelas akan hubungan kita dengan Pencipta, serta dapat mendalami lagi apa itu Maha Berkuasa dan Maha Adil.

Allah dan rasulNya telah menyediakan jalan yang terbaik untuk kita pilih demi survival kita, iaitu jalan Al Quran dan As Sunnah. Tetapi dalam masa yang sama, Allah Yang Maha Adil memberi hak memilih kepada manusia, sekalipun yang dipilih itu adalah jalan derhaka. Nauzubillah.

Mari kita fahami dua potong ayat suci ini:

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.


Surah AlAhzab. Ayat 035 - 036.


Allah mentakdirkan atau mengizinkan sesuatu itu terjadi, tetapi kebebasan memilih adalah milik manusia, cumanya yang harus kita faham, semua pilihan itu akan dinilai olehNya. Akhirnya, Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Adil dalam masa yang sama.


Baru-baru ini aku berbual dengan beberapa orang sahabat. Aku menyentuh perihal manusia yang suka menyalahkan orang atau benda lain, dan kalau boleh di Masyar nanti syaitan dan iblis pun hendak disalahkan!

Dalam rancak aku berkata-kata, seorang sahabat melontarkan pandangan. Beliau percaya yang syaitan iu diciptakan oleh Allah sebegitu rupa, yakni jahat dan derhaka, hanyalah untuk menjadi medium menyalurkan anasir jahat.

Aku tidak bersetuju, dan meminta ruang untuk memberikan pendapatku. Perbualan itu sangat tenang.

Memang syaitan dan iblis itu laknatullah. Mereka adalah penghuni neraka, dan kewujudan mereka kini adalah demi mempengaruhi seberapa banyak manusia untuk bersama mereka di Jahannam. Nauzubillah.

Tetapi kita harus sedar, Allah SWT tidak mencipta sesuatu itu sebagai buruk dan jahat kalau bukan mereka sendiri yang memilihnya! Hayati kembali sejarah pernderhakaan iblis laknatullah, yang terkandung di dalam Al Quran.

Dan ketika Kami mengatakan kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam. Lalu mereka tunduk, selain iblis; dia enggan dan menyombongkan dirinya, dan dia termasuk orang-orang yang tidak beriman.

Surah AlBaqarah. Ayat 034.

Bukankah iblis asalnya beriman dan tingaal di syurga? Penderhakaan itu berlaku atas pilihannya, dan itulah dosa yang besar dan sangat berat. Lalu Allah menyesatkan mereka, tetapi barang di ingat, bukan sengaja disesatkan kalau bukan kerana penderhakaan itu.

Mereka memilih untuk berdendam dengan Nabi Adam AS serta keturunannya daripada memilih untuk bertaubat kepada Allah SWT. Inilah hakikat sebenar kekafiran iblis.

Aku terus memberikan beberapa hujah. Pada pandanganku, perkara ini bukan perkara remeh, kerana jika kita salah faham mengenainya, kita boleh secara tidak sedar menyalahkan takdir atau ketentuan, tanpa kita tahu Allah SWT itu Maha Adil.

Umpama seorang perogol mengatakan "Nak buat macam mana, sudah ditakdirkan aku menjadi perogol oleh Allah.." Bukankah salah anggapan ini? Sedangkan orang itu yang memilih untuk menjadi hamba kepada nafsunya, serta melupakan pesanan Allah agar berwaspada terhadap iblis dan tenteranya.

Kedurjanaan Yahudi juga adalah kerana kegelapan hati mereka, serta sikap angkuh dan racism/perkauman mereka yang melampau. Dinafikan kebenaran Islam antara puncanya ialah kerana junjungan tercinta Muhammad SAW itu bukan daripada kalangan mereka.

Alla itu Maha Adil. Tidakalah Yahudi ini (sebahagian) diciptakanNya untuk menjadi penjenayah di dunia ini. Begitu juga iblis, melalui Al Quran kita dapat mengetahui bahawa merekalah yang memilih jalan yang sesat.

Cumanya Allah akan menambahkan keteguhan iman seseorang yang benar-benar mencari ketaatan dan ketaqwaan, dan dalam masa yang sama menambahkan kesesatan orang-orang yang jahat dan tidak insaf.

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih kecil dari itu, dan orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa perumpamaan itu kebenaran dari Tuhan. Orang-orang yang tidak beriman mengatakan: Apa maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan? Disesatkan Tuhan dengan perumpamaan itu kebanyakan orang dan dipimpinNya pula dengan itu kebanyakan orang, sedang yang disesatkanNya dengan perumpamaan itu hanya orang-orang jahat.

Surah AlBaqarah. Ayat 026.

Jadi, wajarlah kita ketahui bahawa Allah telah menyerahkan hak memilih itu kepada kita, sebagai bukti keadilanNya. Cuma terserah kepada kita sama ada mahu menjadikan petunjuk Allah dan rasulNya sebagai panduan, atau mengalah kepada hasutan iblis serta tuntutan nafsu yang melampaui batas.

Hayati kata-kata Ali Zainal Abidin, cicit rasulullah SAW.

"Wahai Tuhanku, jangan Engkau serahkan aku ini pada diriku kerana aku tidak mampu untuk menguruskannya. Dan jangan pula Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain, nescaya mereka akan mencuaikanku.."


Carilah petunjuk Allah melalui kitabNya, serta pesanan rasulullah SAW melalui hadith-hadithnya, agar kita dapat memanfaatkan hak yang diberikanNya ini, untuk mencerahkan jalan menuju ke syurga.


Fahamilah akan keagungan Allah, serta selamilah ke dasar lubuk sanubari kita, agar kita kenal akan diri ini. InshaAllah, kita akan nampak betapa besarNya kekuasaan Allah, dan betapa pentingnya menjejaki jalan baginda SAW, demi keselamatan di dunia dan akhirat.

Barakallahufikum.

Sunday, January 25, 2009

Mengapa Begitu?



Assalamualaikum

Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman yang aku kutip sepanjang perjalanan hidupku terutamanya di masa aku sedang berkelana di negara orang.

Alhamdulillah, Allah Azzawajjal telah mengizinkan aku untuk beberapa kali terlibat dalam diskusi berkaitan Islam dan agama.

Sepanjang di Dublin , aku tidak pernah sunyi daripada terlibat dengan dialog berkaitan persoalan agama terutamanya dengan orang tempatan.

Walaubagaimanapun, aku tidak suka-suka atau belasah dalam berhujah, sebaliknya aku mencuba sebaik mungkin dan menjauhi sebarang pelanggaran syarak.

Aku cuma ingin membuat kesimpulan mengenai pandangan bukan Islam, maksudku mereka yang pernah berdialog denganku semata-mata.

Seperti yang pernah aku katakan dalam beberapa penulisanku yang lepas-lepas, mereka ini tidaklah mempunyai isu berkaitan konsep tauhid Islam, kerana pada pendapatku, tauhid Islam itu amatlah mudah. Tiada tuhan melainkan Allah. Mudah, ringkas dan tepat!

Lalu apa agaknya kekeliruan mereka?

Kebanyakan mereka yang aku temui biasanya akan membangkitkan isu tentang tudung@hijab, jihad, pengasingan lelaki dan perempuan (diskriminasi), ibadah, kahwin lebih daripada satu dan perkahwinan rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA.

Terus terang, aku memang mencari ruang untuk cuba berhujah, berdasarkan fakta dan hubungannya dengan naluri manusia. Ini kerana, aku begitu yakin bahawasanya agama Islam yang suci ini datang dengan fakta (nas-nas dan dalili-dalil) daripada Yang Maha Bijaksana serta dizahirkan dalam kehidupan rasulullah SAW serta para sahabat yang mulia.

Ini sememangnya membuktikan bahawasanya hujah Islam itu tidak menongkah arus jiwa raga manusia, sebaliknya menguatkannya lagi, agar umat manusia boleh hidup dengan penuh rukun dan berdisiplin.




PENGASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Lelaki dan perempuan itu tidak sama, sekalipun kedua-dua kumpulan ini adalah manusia.

Islam menjana kesempurnaan dalam penilaian sedia ada naluri manusia itu. Tanyalah pada diri sendiri, adakah sesiapa yang perlu membantu anda mengenal bagaimana ciri-ciri lelaki atau perempuan?

Sudah pasti tidak. Secara zahir sahaja kita boleh tahu yang mana lelaki dan yang mana perempuan, sekalipun kedua-duanya ada hidung, mata dsb.

Pergilah ke pusat membeli belah. Setiap pintu tandas pasti ada lambang tertentu untuk menunjukkan siapa yang boleh menggunakan tandas tersebut. Adakah Islam secara specific menyuruh kita membuat pengasingan tandas?

Sudah tentu tidak. Ini semua kerana dalam jiwa manusia itu memang sedia ada pengetahuan tentang dua kumpulan manusia yang berbeza jantina.

Sudah pastilah Allah SWT, sebagai pencipta kita menjadikan dua jantina ini untuk dibezakan. Bagaimanakah ada pihak tertentu boleh mengatakan Islam sengaja memisahkan lelaki dan perempuan untuk tujuan diskriminasi?

Sedangkan kita boleh sahaja lihat pelbagai contoh atas muka bumi ini, yang menunujukkan manusia itu memang tahu akan adanya perbezaan ini. Acara-acara sukan misalnya, mengasingkan lelaki dan perempuan secara menyeluruh? Mengapa? Sudah pastilah kerana adanya perbezaan.

Kapasiti lelaki dan perempuan itu, sama ada secara fizikal dan mental sangat berbeza. Sebab itulah kita ada ibu dan bapa, bukan bapa dan bapa atau ibu dan ibu.

Pendekatan Islam memisahkan lelaki dan perempuan dalam beberapa hal sebenarnyalah yang menjadi penyelamat kepada tindakan diskriminasi itu sendiri.

Dan pada tempat yang tidak perlu pengasingan seperti menuntut ilmu, Islam tidak pula meletakkan apa-apa had kepada jantina tertentu.

Tanya kenalanku seorang wanita Kristian, mengapa perlu Islam mengasingkan lelaki dan perempuan ketika menunaikan solat?

Aku menerangkan bahawa fokus ibadah adalah mempersembahkan diri kepada tuhan, dan secara praktikalnya, manusia itu pasti mahu sehabis fokus ketika berhubungan dengan tuhannya. Kalaulah lelaki dengan perempuan diletakkan sekali, bukankah bertambah rumit dan secara tidak langsung, terganggu penumpuan tersebut? Lain pula difikiran nanti.

Itu antara hujah aku ketika menjawab pertanyaanya, walaupun mungkin ada lagi yang tepat. Tetapi sekurang-kurangnya wanita itu dapat menerima penjelasan itu.

TUDUNG

Inilah pertanyaan yang agak kerap aku terima. Aku ada dua hujah dalam percubaan menerangkan hal ini. Biasalah, jangankan non Muslim, Muslimah sendri merasakan perkara ini sebagai pencabulan hak asasi.

Pertama sekali, tudung ini adalah suatu dress code dalam Islam.

Wajarkah satu agama yang lengkap, tertinggal satu pekara iaitu cara penampilan?

Seperti berpakaian kemas bertali leher untuk melambangkan gaya eksekutif, berjersi merah putih melambangkan pemain bolasepak kelab Arsenal, Islam juga ada cara untuk melambangkan seseorang itu sebagai penganutnya. Menutup aurat adalah satu lambang keIslaman seseorang.

Mungkin jawapan itu agak tidak kuat, tetapi aku percaya sekurang-kurangnya terbukti Islam itu sangat menyeluruh.

Lalu kenalanku itu meneruskan pertanyaannya. "Mengapa wanita bukan lelaki?"

Aku menerangkan bahawa hukum bertudung ini bukan tekanan yang diberikan lelaki kepada wanita, sebaliknya kami umat Islam difirmankan oleh Allah di dalam kitabNya, supaya wanita Islam memakai tudung kepala.

Tiada diskriminasi, malahan inilah dia penyelamat kepada wanita daripada didiskriminasikan oleh pihak luar.

Wanita ini Allah cipta sebagai satu makhluk yang tinggi sifat sensitifnya. Jika kita mengatakan kepada seorang wanita, "Awak nampak gemuklah", nescaya wanita tersebut akan menggelabah dan mula berusaha untuk menidakkan kegemukan itu, walaupun kita hanya berseloroh.

Lalu, pihak-pihak yang bermotifkan keuntungan akan mengambil kesempatan atas sikap sebahagian besar wanita, dengan menyebarkan dakyah-dakyah tertentu berkaitan kecantikan, dan dalam masa sama mengeluarkan produk untuk menjadi penyokong kepada cerita-cerita tersebut.

Dan wanita yang agak teruja dengan hal-hal dunia kosmetik, akan terpengaruh. Iklan-iklan mencantikkan rambut yang buruk disebarkan. Dan syarikat-syarikat gergasi ini bijak memanfaatkan situasi ini, dan akhirnya perempuan terperangkap dengan keinginan yang sebenarnya diwujudkan oleh pihak lain!

Tetapi wanita yang bertudung pula pasti dapat menyembunyikan sesuatu miliknya daripada pengetahuan pihak luar, sekaligus menghalang kemungkinan berlaku manipulasi perasaan oleh pemburu-pemburu keuntungan ini.

Jadi, siapa yang mendiskriminasi sebenarnya? Adakah Islam? Sudah pasti tidak.

Sebaliknya Islamlah yang membantu wanita untuk mengekang naluri mereka daripada dieksploitasi orang lain. Islamlah yang memelihara maruah wanita itu. Cuba sabung minda anda!

Mengenakan pakaian yang labuh seperti saranan Islam juga membantu para wanita daripada terus diperalat. Produk-produk menaikkan saiz atau mencantikkan harta wanita itu wujud gara-gara pemburu-pemburu ini mendapat access yang mudah terhadap bentuk tubuh wanita, lalu mereka mengolah situasi tersebut menjadi penjana kekayaan mereka.

Alangkah malangnya wanita yang terkena.

Sebab itulah Islam menyuruh Muslimah agar memakai hijab. Kawanku tadi bersetuju dengan pendapatku, malah beliau turut menambah, wanita yang menutup tubuhnya berjaya menjaga nilai dirinnya secara tidak langsung. Sebarang kekurangan atau kelebihannya bukan untuk tatapan pihak luar.

JIHAD

Bila ditanya tentang jihad, aku bersuara mempertahankannya. Jihad tidak pernah salah. Yang salah ialah kefahaman seseorang, baik pelaku atau anda non Muslim.

Mengapa?

Aku memberikan contoh, apakah alasan anda semua menghantar anak-anak anda ke sekolah teakwondo, karate dsb? Untuk pukul orang?

Kawanku itu menjawab sebagai langkah melindungi diri. Daripada siapa?

Katanya dariada manusia yang ingin menggunakan kekerasan. Aku menggunakan kesempatan ini untuk mengatakan bahawa jihad membuktikan kesempurnaan Islam, kerana sudah menjadi lumrah bahawa ada orang atau pihak selesa untuk menegakkan ideologi mereka dengan kekerasan.

Lalu Allah Yang Maha Mengetahui itu memperkenalkan kita umat Islam dengan konsep jihad, agar kita boleh menghadapi pihak-pihak yang ingin menggunakan kekerasan terhadap kita. Ingat, berperang itu hanyalah selepas kita diserang dan dihalang daripada menunaikan hak seorang Islam.

Nah, bukankah Islam itu lengkap? Dan Islam juga membantu kita untuk faham hati nurani manusia. Jadi, mendapat dunia yang aman tanpa peperangan sangatlah mustahil!

Bukan aku menyeru kepada peperangan, tetapi sekadar menunjukkan betapa hebatnya agama ini.

Jihad yang betul-betul mengikut syarak bukanlah satu bentuk keganasan, sebaliknya satu elemen yang mulia dan kukuh bagi melahirkan pendukung yang setia dan bertanggungjawab.

Mana ada agama lain atas muka bumi ini menekankan satu konsep untuk mempertahankan keimanan walaupun dengan darah, sekiranya diancam?

Murahnya maruah agama-agama tersebut. Sedangkan agama adalah sesuatu yang perlu dinilai tinggi dan dipertahankan, kerana aku percaya, semua agama itu cuba menjadi jambatan penghubung antara yang nyata dan ghaib.

Islam, melalui konsep jihad, menang besar disini.

Kawanku tadi menerima hujahku, walaupun beliau mengatakan aku ini bahaya kerana mula membuatkan beliau berasa terpengaruh. Wallahualam. Memang itu tugasku.

RASULULLAH SAW DAN SAIDATINA AISYAH RA

Semasa aku diajukan pertanyaan tentang hal ini, lelaki yang bertanya itu ada unsur provokasi, pada peringkat awal pertanyaannya. Tetapi rahmat Allah itu hadir tanpa di duga. Sekurang-kurangnya provokasi itu dapat menguji kecintaanku terhadap nabi SAW.

Lelaki itu mengatakana bahawa seronok kalau boleh jadi nabi, kerana dapat beristeri ramai. Malah dengan sesiapa pun boleh termasuk kanak-kanak.

Mendengar kata-kata itu membuat aku agak panas. Tetapi memandangkan yang bertanya itu tidak tahu, tambahan pula bukan seorang Muslim, aku mengawal emosiku.

Lagipun, aku terkenang akan perjuangan nabi SAW dan para sahabat, yang penuh dengan kesabaran. Bukan semestinya tindakan melampau orang lain dibalas dengan kekerasan. Lihatlah bagaiamana nabi SAW menghadapi masyarakat Taif termasuk kanak-kanak yang mengherdik malah menyerang baginda SAW sehingga cedera.

Namun rasulullah SAW tiada membalas, sebaliknya tenang sahaja. Begitu juga para sahabat, walaupun melihat dengan mata kepala sendiri akan tindakan melampau Musyrikin Mekah terhadap nabi SAW, mereka tidaklah sewenang-wenangnya mengangkat senjata.

Jadi, aku cubalah berhujah dengan orang tersebut. Mana tahu, ianya berkesan.

Kanak-kanak perempuan agak pantas proses kematangan fizikal mereka. Mereka baligh awal, dan sudah boleh mengandung, walaupun mungkin terlalu muda.

Dan aku mengatakan lagi. Fikir betul-betul, budak perempuan apabila sudah memiliki aura keperempuanannya, pasti dapat memberi tarikan kepada lelaki.

Ini kenyataan. Aku berkata lagi, siapakah yang mengadakan website-website yang mengeksploitasi kanak-kanak perempuan, malah di negara barat satu ketika dahulu kecoh dengan website-website lucah yang menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai umpan.

Siapakah pula yang menjadikan kanak-kanak perempuan sebagai barang dagangan untuk dilacurkan?

Semua ini bukan kerja dunia Islam, sebaliknya daripada mereka yang menolak agama ini.

Sebelum aku ke point penting, aku berkata bahawa semua aktiviti ini menunujukkan lelaki, sedikit sebanyak ada nafsu terhadap perempuan muda yang sudah memiliki ciri-ciri kedewasaan. Cumanya manusia menyempitkan fikrah mereka, dengan memilih untuk menzahirkan dengan cara yang salah.

Dan satu lagi, manusia jugalah yang menyeksa naluri mereka, dengan mewujudkan terma bawah umur, yang diguna pakai sebegitu luas, sehingga menghalang keperluan sendiri. Memanglah ada keperluan diwujudkan had-had umur ini, tetapi apalah gunanya perempuan yang baligh sekitar usia 10 tahun, sudah pandai merasa suka dan berkasih sayang sekitar umur 14 tahun, tetapi hanya boleh berkahwin pada usia selepas 18 tahun?

Lihatlah apa terjadi kepada negara maju, bila remaja seawal usia 13 tahun sudah ramai yang terlibat dengan gejala seks. Adakah seks itu gejala? Tidak, ianya menjadi gejala apabila mausia gagal menanganinya dengan jalan yang betul, itu sahaja!

Islamlah yang melepaskan manusia daripada kekalutan ini. Islam, melalui perbuatan rasulullah SAW, menunjukkan jalan keluar dengan mewajarkan penikahan ini. Bukanlah aku mengajak kita mencari kanak-kanak untuk dinikahi, tetapi sekurang-kurang kita harus sedar tentang apa yang ada disebalik perkara yang ditunjukkan oleh nabi SAW.

Aku yakin banyak lagi penjelasan yang kita boleh perolehi, sekiranya kita rajin mentelaah dan berfikir. Kurniaan Allah ini tidak lain tidak bukan hanya untuk membantu kita menyelami kejadian-kejadian dalam hidup manusia.

Dan terbuktilah juga bahawasanya nabi SAW itu rahmat seluruh alam.

Lelaki tadi yang bertanyakan soalan itu kepadaku memohon maaf diatas intronya yang sedikit kurang sopan. Tetapi aku hanya tersenyum dan mengatakan, semua kejadian itu ada penjelasan dan penerangnnya, selagi mana kita jujur mencari dan merujuk sumber yang sahih dan betul.

Janganlah kenal Islam melalui CNN atau kata-kata non Muslim yang lain, kenallah Islam melalui sumbernya iaitu Al Quran dan As Sunnah, dan penganutnya yang boleh dijadikan rujukan.


InshaAllah aku akan berkongsi lagi pengalamanku, sekiranya ia boleh membantu perjalanan da'awah kita ini.

Kata rasulullah yang bermaksud, agama ini nasihat. Kita sama-samalah menyelongkar ilmu Islam, yang sememangnya adalah untuk membantu kita memahami kehidupan ini dengan lebih dalam.

Barakallahufikum.