Layar ini adalah garapan minda Ibn Yusuf@TheTinyStone. Selagi mana aku menulis dan melontar rahsia mindaku ke atas layar ini memberi manfaat, ucapkanlah Subhanallah, dan sekiranya anda benci atau mendapati madahku di atas layar ini serong dari jalan ilmu Islam, beristighfar dan tegurlah aku, sebagai saudaramu. Allah jua tempat kita bernaung akhirnya..
Saturday, January 17, 2009
Bunga Akhir Zaman
Hidup nak suka ria,
Semuanya bikin belaka,
Jadi tayangan percuma.
Jangan disoal dia,
Ini zaman percuma,
Tiada salah dan dosa.
Kau junjung demokrasi,
Kau dukung hak asasi,
Sampaikan tak peduli,
Hukum hakam Illahi.
Lemas, rimas dan panas,
Baik bukak dan lepas,
Tiada takut dan cemas.
Tak perlu rasa was-was,
Asal seronok dan puas,
Alam dunia yang luas.
Kau junjung demokrasi,
Kau dukung hak asasi,
Sampaikan tak peduli,
Hukum hakam Illahi.
Jiwamu lesu,
Hatimu beku,
Tubuhmu kaku.
Jiwamu lesu,
Hatimu beku,
Tubuhmu kaku.
Wahai bunga akhir zaman,
Jangan sombong pada tuhan,
Gelap nanti sesat jalan.
Oh bunga akhir zaman,
Jangan berangan ke taman,
Kelak api jadi teman.
Jiwamu lesu,
Hatimu beku,
Tubuhmu kaku.
Jiwamu lesu,
Hatimu beku,
Tubuhmu kaku.
thetinystone@ibn yusuf
Barakallahufikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment