Saturday, January 24, 2009

Aku Islam



Dalam tubuh ada darah,
Tapi bukan milik paduka,
Tidak gelap malah cerah,
Hidup ini dimuliakan dia..

Harta benda sekali sekala,
Banyak lagi peluh keringat,
Jalan betul itu sehala,
Genggam kukuh jadi semangat..

Tiada pandai berkata-kata,
Risau kalau bercampur dusta,
Orang biasa bukanlah pendita,
Namun pesannya jadi senjata..

Semua cari emas,
Dalam dunia yang kelam,
Ramai sudah lemas,
Namunku tetap Islam..

Mereka mahu gembira,
Siang sampai ke malam,
Dunia huru hara,
Nikmatnya jadi Islam..



Kalau tiram jadi mutiara,
Carilah laut untuk menyelam,
Akhir nanti ada bicara,
Ukirlah mati di jiwa yang dalam..

Meluah ilham dalam bermadah,
Biar barisnya berisi kasih,
Mencari benar yang tiada sudah,
Asalkan yang indah tak jauh menyisih..

Salasilahku beranting biasa,
Pusakaku cuma tersimpan di jiwa,
Pergiku nanti entahlah bila,
Mungkin sahaja tak sampai tua..

Mendamba rupa kemenangan,
Sebelum tamatnya alam,
Yang bukan angan-angan,
Itulah kebenaran Islam..

Mereka terus menari,
Hanyut sesat saling menyulam,
Namun aku kan tetap berdiri,
Biar mereka tahu aku Islam..




Barakallahufikum.

1 comment:

Stormcrow said...

gua suka ini tulisan.