Monday, October 27, 2008

United Muslims National Organization

Assalamulalaikum.

Aku sangat against sebarang perjuangan berbentuk bangsa atau kelompok. Aku juga tidak berani bersama perjuangan atas nama Islam tetapi institusi dakwah mereka tidak ‘firm’ malah mungkin tiada sama sekali. Aku menolak sesuatu kerana fikrahnya, bukan kerana individu tertentu. Sama juga dalam melayari lautan ilmu (di mana aku masih lagi terkial-kial di kawasan yang cetek ini), aku menolak semua ajaran agama-agama lain kerana kebenaran Islam itu sendiri serta lemahnya prisipal ataupun asas iman mereka, bukan sebab paderi atau sami atau rahib mereka.

Aku tidak menolak akan pentingnya individu itu dikenalpasti, tetapi apalah gunanya jujur, amanah, lembut dsb tetapi mendokong fahaman yang tidak tepat? Tapi jangan salah sangka, aku bercakap dalam konteks memilih wadah perjuangan, bukan memilih teman atau kawan. Tidak dinafikan, ada sahaja orang yang bukan Islam jauh lebih baik peribadinya berbanding orang Islam sendiri, Mother Teresa umpamanya (bukan Teresa Kok!). Allah itu Maha Adil, tiada jaminan atau tiket kepada penganut Islam, usaha tetap usaha!

Izinkan aku panjangkan sedikit perenggan diatas, takut disalah ertikan. Suka aku pecahkan kumpulan manusia ini kepada 4 kelompok.

  • Golongan yang tidak berusaha dan tidak berdoa

Serugi-rugi manusia. Hendakkan sesuatu tetapi tidak berdoa jauh sekali berusaha. Mungkin kerana super malas atupun lahir-lahir ke dunia, semua benda di depan mata. Wujudkah orang-orang seperti ini? Wallahualam.

  • Golongan yang berusaha tanpa doa (termasuk salah cara berdoa)

Mereka ini untung didunia (mungkin), rugi disana (kecuali bertaubat). Golongan ini sangat ramai di zaman ini. Jepun, US, Russia dsb kita ketahui sebagai negara bukan Islam, tetapi mereka-mereka ini mengepalai ekonomi, politik dan trend kehidupan (termasuk grunge, hip hop, komik). Mengapa begitu? Sebab mereka berusaha untuk dapatkan semua itu. Allah itu Maha Adil. Di samping berusaha, mereka mungkin berdoa, dan itulah yang aku maksudkan dengan salah cara berdoa.

Dan siapa yang mencari agama selain dari Islam, maka tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di hari akhirat termasuk orang-orang yang mendapat kerugian.

(Surah Ali'Imran. Ayat 085.)

Ada juga orang Islam yang tergolong dalam kelompok ini, terutamanya yang ultra-sekular. Nauzubillah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103)

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104)

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105)

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. (106)

(Surah Al Kahf Ayat 103-106.)

  • Golongan yang berdoa semata-mata

Oh tidak! Aku sangat risau tergolong dalam kelompok ini selepas aku mengaku aku mengikut Islam. Salah satu punca mengapa umat Islam ketinggalan di zaman ini. Aku rasa semua orang Islam pernah dengar tentang tidak Allah ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. Aku tidak pernah menafikan keperluan doa, malah doa itu senjata mukmin yang paling ampuh! Tapi kenang-kenangkanlah sejarah Islam itu sendiri. Bukankan kekasih kita rasulullah SAW sendiri berusaha dalam mengembangkan dakwah Islam. Baginda tiada berdoa semata-mata. Adakah cukup dengan berdoa di kala lapar tanpa keluar mencari rezeki? Mereka-mereka yang memilih menjadi abid (ahli ibadah) tanpa mengerti apa itu ibadah mengikut syarak harus segera bermuhasabah. Sudah beberapa orang, baik di Malaysia atau di sini yang pernah bersama jemaah tabligh tetapi sudah meninggalkannya kerana ada di antara amalan jemaah ini seperti menentang human nature itu sendiri! Aku tidak menghukum gerakan tersebut, siapalah aku ini.Tetapi bak kata aku sebelum ini, aku bukan pembesar Islam, tapi aku ini orang Islam.

Fahamilah sunnatullah dan apa yang dikatakan oleh Allah kun fayakun.

  • Golongan yang berusaha dan berdoa

Inilah gandingan yang ideal inshaAllah, tetapi tetap ada ancamannya. Kita berdoa di setiap solat kita, dan meneruskan kehidupan kita sebagai manusia. Biasanya apa yang kita doakan berkaitan dengan bidang atau pekerjaan yang kta ceburi. Di zaman sekolah, kita berdoa moga Allah luluskan peperiksaan kita, tapi dalam masa yang sama kita mengulangkaji. Apa kaitannya? Ya, moga-moga doa tersebutlah yang mengikat kepercayaan dan penggantungan kita yang utuh terhadap Allah, supaya kita beroleh rahmatNya di akhirat nanti. Mengulangkaji itu pula ialah agar kita melepasi halangan/mendapat sesuatu di dunia ini. Nah, inilah cara seorang Mukmin.

Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat khusyuk dan bersungguh-sungguh berdoa terhadap Allah semasa menghadapi kedatangan Musyrikin Mekah dalam Perang Badar, tetapi dalam masa yang sama, mereka berjuang berjihad di medan perang itu lillahitaala sehingga ada yang gugur syuhada. Subhanallah.

Aku terlalu inginkan syurga Allah, ataupun paling tidak aku sangat tidak ingin masuk neraka. Tapi adakah usaha dan doaku memadai untuk mendapat rahmatMu yang Allah?

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

(Surah Faatir. Ayat 010.)

Ancaman tetap ada, kerana ada sahaja golongan manusia yang menjaga amal ibadahnya, rajin berdoa tetapi apabila datang kepada berusaha, orang atau kumpulan itu salah memilih cara. Anda mungkin sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dimurahkan rezeki, malah sampai ke Mekah untuk berdoa di depan Kaabah, tapi bidang pilihan anda dalam menjana rezeki adalah sesuatu yang salah/ada unsur lagho dan syubahah dsb, seperti menjadi seorang penghibur yang bertentangan dengan kehendak ajaran Islam, menjalankan atau terlibat dengan bisnes berunsur riba’ dan penindasan dan lain-lain. Ramai sahaja artis-artis di Malaysia yang pergi ke Mekah (Alhamdulillah), berdoa agar dimajukan perjalanan seni mereka, walhal kebanyakannya menyimpang daripada syarak, Nauzubillah.



Akhirnya beruntunglah mereka yang Allah kurniakan petunjukNya. Hiduplah seperti manusia normal, dengan bimbingan agama (Islam). Janganlah angkuh dengan pencapaian diri sendiri sehingga lupa Allah, dan jangan pula mereka-reka bentuk pengabdian, kononnya itu sudah cukup untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Allah itu sayang akan hambanya. Carilah pasangan (isteri) bila kita kesepian dan mendambakan kasih sayang. Janganlah kita mengikut budaya penganut agama lain yang percaya tidak berkahwin itu jalan menuju kepada tuhan.
Nonsense!!

Beragamalah secara normal, selari dengan apa yang kekasih kita Muhammad SAW tunjukkan. Darjat yang tinggi adalah hak Allah untuk menilainya, bukan mata rambang manusia.
Akhirnya, lihatlah fikrah dalam menentukan organisasi kepercayaan dan perjuangan yang hendak dipilih, dan jadilah
seperti mereka yang mendahului kita dengan iman serta beristiqamah dalam mempertahankannya.

p/s:- Maaf, tiada unsur politik (tanahair) dalam penulisan ini, walaupun tajuknya barangkali sedikit nakal.

Barakallahufikum.




No comments: