Sunday, October 26, 2008

Tuhan Sebenar

Assalamualaikum.

Aku membuka fail-fail yang tersimpan dalam MyDocuments aku, samada yang terdapat dalam laptop atau di dalam laci atau di benakku, hanya untuk mencari adakah apa-apa penulisan baru dan lama garapan aku yang boleh aku tampalkan di blog ini.

Tiada yang tepat atau specific dengan apa yang sedang aku fikirkan kala ini, tetapi bila aku kenangi 2 hari lepas, aku bersembang panjang (boleh tahan) dengan kawan sekerja, lelaki dari Wales, yang begitu tersusun kata-katanya. Selepas dikaji, rupanya beliau ini berkelulusan univesiti, dalam bidang sejarah. Tetapi memilh kerjaya berkaitan security kerana seronok dan sudah tentu easy-money.

Pada awalnya aku banyak bertanya tentang konsep sebenar United Kingdom (UK), sebab semenjak kecil aku sangat berminat tentang hal ini kerana aku pening, dalam bolasepak tidak wujud pasukan negara UK, yang ada England, Scotland, Wales dan Nothern Ireland. Tapi dalam kerajaan dan politik, mereka bersatu sebagai UK.

Dia sangat arif tentang hal itu, dan selepas beberapa ketika berbual tentang hal UK, aku membuat kesimpulan mudah tentang adanya konsep (sedikit persamaan) kerajaan zaman Islam pasca rasulullah SAW (zaman perluasan empayar-dakwah Islam) dalam konsep UK itu.

Walaubagaimanapun, bukan topik itu yang ingin aku nukilkan kali ini. Itu cuma punca berlakunya perbincangan yang sederhana tentang agama,dan terus terang di sini, aku sangat gemar dan fokus bila Allah izinkan aku terlibat dalam bicara-bicara seperti ini (mereka yang kenal baik dengan aku inshaAllah tahu). Cuma hati kecilku tidak henti-henti berdoa kehadrat Allah, jika aku ini Kau pilih untuk sebarkan risalahMu ya Allah, berikanlah aku petunjukMu, jika aku ini tidak layak, Kau bisukanlah aku..

Sesungguhnya aku sangat takut aku berhujah mengikut nafsuku, kerana biarlah kita berbicara untuk kebenaran bukan kemenangan.Kawanku ini dengan lancar dan tersusun terus berhujah kepadaku bahawasanya beliau mendapati agama Kristian itu memalukan diri sendiri. Aku hanya mendengar. Yang paling menarik, beliau menceritakan perihal pasangannya yang mengaku Katholik, tetapi hanya mengambil apa yang beliau (wanita tersebut) fikirkan baik. Di sinilah kawan aku itu merasakan apa keperluan agama kalau treatement terhadap agama adalah sedemikian rupa.

Aku terfikir firman Allah dalam ayat 208 surah al-baqarah:



Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagimu musuh yang terang.

Ya, itulah yang Allah kehendaki. Jangankan Kristian atau agama-agama lain, penganut Islam juga begitu (sebahagian). Mereka hanya mengambil Islam di kala ia menguntungkan mereka semata-mata! Nauzubillah.

Kawanku ini meneruskan ceritanya. Menarik sebab beliau berfikiran sebegitu. Dan terus mengkritik Kristian. People is people is people is people. Itu falsafah beliau. Dan beliau memberitahu kepadaku "I have no Bible in my apartment, but I do have a Quran. Subhanallah, hatiku berdetik. Pasangannya selalu merungut tentang hal ini (memiliki senaskah Al Quran), tapi beliau mengatakan, "kitab ini seronok untuk dibaca sebab apabila kau membaca dengan mode mencari logika, pasti akan kau temui unsur logik dalam kitab ini!"

Lalu aku bertanya, "What is your aim in reading/discussing matter about religion? Are you seeking the truth or something else?" Beliau menjawab, "No, just for fun because to be honest, I don't believe in God. I just believe that after we die, we're gone and that is the end of everything..."

Lucu sebenarnya bila aku memikirkan tentang mereka yang tidak percaya tuhan, sebab kepercayaan tentang wujudnya tuhan ini adalah human-nature atau sifat azali manusia normal, sama macam apabila lapar, manusia mencari makanan bukan mencari pasangan! Sebab itulah fokus setiap agama di dunia ini adalah worshiping and get closer to the god. Dan hampir semua manusia beragama! Bertuhan atau menyembah atau percaya tuhan itu adalah sifat manusia normal, cumanya kita dibezakan dengan fahaman akidah masing-masing. Dan sebab itu jugalah kalimah tauhid agama suci ini bermaksud 'tiada tuhan melainkan Allah' bukan tuhan itu Allah! Atau maksud lain, tuhan sebenar itu adalah Allah(berdasarkan akidah Islam), bukan Jesus Christ, Ayah Pin dsb.

Aku cuba menyelami pemikiran golongan seperti ini, dengan sesopan mungkin dalam berbicara. Demi Allah, aku sangat berhati-hati kerana aku tidak mahu meng-insult penganut agama/fahaman lain. Aku bertanya kepadanya "Can you tell me your reasons why you don't believe in god, if you don't mind because to be honest, I have a friend, who believes god is just a myth plus there is no god as we can't see him, and if you are sharing the same reason with that person, I got the answer."

Kawanku ini mengizinkan aku menyuarakan pandanganku, dan aku mengandaikan, kalaupun tidak 100% sama, beliau menolak kewujudan tuhan atas dasar yang sama dengan seorang lagi kenalan lama aku.

Pertamanya, aku mengatakan kepadanya, tidak semua benda yang tidak dapat dilihat dengan mata itu tidak wujud. Aku meniup secara rambang, nah! Rasa angin itu menerpa kekulit kita bukan, tapi mana fizikal angin itu? You can sense it, but you can't neither touch nor see it! Begitulah tuhan. Dia ada di atas arasyNya, cuma belum tiba masanya dan belum layak untuk kta manusia yang hina ini (kecuali dengan rahmatNya) untuk melihatNya.

Aku menyambung, kami orang Islam beriman dengan kewujudanNya, dengan itu kami akan berusaha untuk membuat segala perkara yang disukaiNya dan meninggalkanItalic segala yang ditegahNya, dan dengan izinNya jika kami diterima kedalam syurgaNya (amin ya Allah), inshaAllah akan kami ketemuiNya kelak!

Manusia ini selfish atau angkuh! Kadangkala menolak kebenaran hanya kerana keinginan peribadinya tidak dituruti. Hendak bertuhan, perlu nampak tuhan itu, hendak disembah, perlu ada unsur fizikal yang hendak disembah. Sebab itulah antara punca wujudnya berhala! Nauzubillah.

Moga Allah menguatkan keimanan kita, amin. Tentang kawanku itu, hanya Allah yang memiliki rahmat, dan tidak berkuasa kita semua keatas sesuatu untuk diubah pegangannya melainkan Allah sendiri yang menyeru orang yang dikehendakiNya. Sekurang-kurangnya kata-kata beliau "I think Islam is really interetsing", inshaAllah membuka minda dan hatinya untuk seeking the truth.. Sama-samalah kita doakan mereka yang mencari kebenaran, akan ditemukan oleh Allah dengan Islam.

InshaAllah aku akan terus berkongsi pengalaman dan idea aku tentang Islam dan kehidupan ini. Jika didapati kata-kata atau penulisan ku ini buruk intinya, perbetulkanlah aku lillahitaala.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١)
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Barakallahufikum.



2 comments:

just a piece of mind said...

en ezzie zakuan,bg pendapat saya,Jesus Christ itu bukannya tuhan seperti yang diperkatakan oleh en ezzie zakuan.saya sebagai seorang katholik telah diajar dan tertera di dalam Bible bahawa Jesus Christ bukannya tuhan.Tidak tertera di dalam Bible yang mengatakan Jesus ialah Tuhan/God.Di dalam bible sendiri berulang kali mengatakan Jesus Christ ialah "Son of God".Never ever I read in the bible stated that Jesus is God.I hope u'll be more clear about the fact.correct me if im wrong.

p/s:Its been a while we do not discuss about this,dude.:)

Ibn Yusuf said...

Ya. Aku menyokong kata-kata cik Audrey bahawa tidak ada dalam Bible mengatakan Jesus itu tuhan, cuma seperti yang aku telah jelaskan, penganutnya sendiri menganggap beliau tuhan. Itulah hakikatnya. Aku pernah membaca Bible, dan tidak ada sedikit pun ayat yang mengatakan Jesus Christ itu tuhan, sama juga tidak ada dinyatakan bahawa agama tersebut bernama 'kristian'. Tetapi treatement penganut agama ini terhadap Jesus adalah seperti tuhan.
Wahai pembaca, aku tidak memfitnah. Anda mengikuti kitab anda, tetapi apabila datang kepada praktikal, anda melakukan yang lain. Anda percaya Jesus itu 'son of god', tetapi anda membentuk faith/atau iman anda bahawa beliau itu sendiri tuhan. Ialah, ini mungkin pendekatan mudah, kerana tidak mungkin anak harimau dipanggil kambing! Jadi, son of god is also a god. Itu yang kebanyakan Kristian percaya.'While there have been theological disputes over the nature of Jesus, Christians (trinitarians) generally believe that Jesus is God incarnate, God the Son, and "true God and true man" (or both fully divine and fully human). Jesus, having become fully human in all respects, suffered the pains and temptations of a mortal man, yet he did not sin. As fully God, he defeated death and rose to life again.'
Jangan salah faham. Aku yakin, kebanyakan penganut Kristian itu sendiri mengikut perkara yang tidak ada didalam kitab Bible mereka. Kebanyakannya atas dasar assumption. Nama Kristian itu sendiri tidak langsung dianjurkan dalam kitab Bible mereka, sebaliknya datang daripada lidah tokoh-tokoh Kristian. Bukan menyerang, tetapi sekadar menyatakan keraguan. Bagaimana sebuah agama yang datang daripada tuhan tidak bernama malah perlu dinamakan serdiri oleh penganutnya? Kristian itu sendiri diasakan oleh St Paul (betulkan aku jika perlu).Mungkin ini hal remeh, abaikan sahaja.
Maaf seandainya ada kesalahan atau mencabar kepercayaan seseorang. Selagi kita berhujah atau memberi pendapat dalam suasana penuh toleren, inshaAllah, sekalipun tiada deklarasi, lidah dapat terelak daripada tergigit.
Doa aku kepada cik Audrey dan semua pembaca agar mendapat ilham dan hidayah tuhan.
Barakallahufikum.