Sunday, October 26, 2008

Pengajar


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢)
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣)
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤)
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)

Inilah 5 ayat pertama yang diwahyukan kepada kekasihku rasulullah saw. Mengapa ayat ini diwahyukan dahulu bukan ayat2 lain? Wallahualam. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Mari kita hayati pengertian ayat ini dalam bahasa Malaysia:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3)

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4)

Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

Sesungguhnya kita tidak mengetahui pelbagai perkara dalam kehidupan ini hatta dimana asal usul kita sekalipun. Luaskan pengertian asal usul itu, bukan konteks berasal dari Kota Bharu, Batu Pahat or Semenyih etc.

Lalu, bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui? Bacalah Al-Quran. Kitab ini bukan untuk hantaran kahwin, hiasan rak-rak buku dirumah, perniagaan(jual kitab), tapi sebagai pendedahan tentang apa yang kita tidak ketahui, apa sahaja, semuanya, segalanya ada dalam Al Quran.

Dan siapa yang mengajar manusia itu? Allah Azawajjal yang mengajar kita, melalui kitabNya ini. Rasulullah SAW pula dihantar dikalangan kita, untuk menyampaikan ayat-ayat Allah ini, dan menzahirkan teori-teori atau ilmu dalam kalam Allah ini melalui perbuatan baginda SAW. Sesungguhnya Muhammad SAW itu bagaikan Quran bergerak kerana itulah akhlak baginda SAW(Al Quran). Bukan kerana baginda SAW menghafal Al Quran semata-mata, tapi kerana kefahaman baginda terhadap ilmu-ilmu kalam ini, hasil didikan langsung Allah SWT dan Jibrail as.

Baca dan hayatilah Al Quran. Sokonglah Al Quran dengan hadith-hadith sahih, bukan kerana ada kekurangan di dalam kalamullah, tapi kerana terbatasnya minda kita ini. Itulah juga sebabnya mengapa kekasihku/kita Muhammad bin Abdullah diutus oleh Allah Azzawajal.

Islam is a way of life, Islam itu syumul, Islam itu sarwajagat dsb. Baris-baris yang sedap didengar dan penting untuk digunakan dalam jawapan SPM. Tapi benarkah kita realitikan agama ini dalam hidup kita?

Barakallahufikum.

No comments: