Assalamualaikum
Berulang-ulang melakukan atau berdepan sesuatu boleh menyebabkan manusia, secara sedar atau tidak, membudayakan atau menjadikan sesuatu hal itu sebagai habit atau tabiat dalam hidup mereka. Ini kerana manusia, walaupun memiliki fleksibiliti yang jauh lebih tinggi daripada hidupan lain, tetap sama sahaja akhirnya, iaitu memiliki keterbatasan mental dan fizikal.
Kecil perlu ada barulah wujudnya besar. Yang keluar daripada perut sang ibu sudah tentu bayi bukannya belia. Itulah hukum dan etika alam ini. Tapi mengapa kita jarang hendak nampak bahawa beberapa tabiat atau kebiasaan kita itu sendiri kadang-kadang adalah aspirasi kepada sesuatu keburukan yang tercetus.
Aku tiada apa-apa kelulusan dalam bidang jiwa-jiwa ini, tetapi cukuplah dengan menggunakan akal yang dikurniakanNya dalam percubaan menyelongkar rahsia diri sendiri sekurang-kurangnya.
Keterbatasan mental dan fizikal di sini bererti manusia itu boleh sahaja meneruskan sesuatu itu sehingga sekian lamanya, sekalipun perkara itu tidak tepat atau buruk, akibat lemahnya mental dan kawalan fizikal manusia itu dalam membezakan antara kebaikan kecil dengan keburukan besar yang dibawa oleh sesuatu benda atau perkara yang serupa.
Akal atau mental sahaja tidak cukup untuk membantu manusia menilai sesuatu itu dengan tepat. Lihat sahajalah amalan atau aktiviti masyarakat dewasa ini, apabila penilaian itu didasarkan kepada akal semata-mata.
Begitu juga dengan fizikal, di mana sesuatu kesan atas perbuatan itu tidak semua terjadi di saat yang sama semasa melakukan perbuatan tersebut.
Penjenamaan semula ‘fitnah’ dengan nama baru sebagai gossip membolehkan perkara ini diterima dalam masyarakat, malah menjadi sesuatu yang dapat dibisneskan. Aku tidak cakap kosong, tetapi inilah kenyataannya.
Sagmen-sagmen dalam rancangan hiburan seperti Terjah, (Melodi), Cit Cat Amboi-amboi Azwan Ali dsb serta ruangan-ruangan tertentu dalam media hiburan seolah-olah menyuburkan perkara ini. Lihatlah betapa keterbiasaan itu akhirnya menjadi satu nilai hiburan yang bisa diterima kebanyakan manusia sekalipun ternyata perkara tersebut (gossip/fitnah/khabar angin) adalah dusta dan salah.
Sementara zina pula dikenali dengan banyak nama-nama yang manis dan dapat menukar persepsi pelaku atau bakal pelaku terhadap perbuatan terkutuk itu. Panggilan seperti
Dan janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhnya perzinaan itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang salah.
Surah AlIsraa'. Ayat 032.
Banyak lagi proses penjenamaan semula, yang akhirnya mengimmunekan/melalikan manusia itu dengan sesuatu yang tidak baik dan salah. Ianya lebih parah jika hal itu berkait dengan hukum hakam agama Islam.
Walaubagaimanupun, nama bukanlah pemangkin utama terjadi perkara-perkara ini. Penerimaan sesuatu itu sebagai perkara biasa pada peringkat awallah yang akhirnya berubah menjadi barah dalam kehidupan manusia itu. Dan sekali lagi ingin aku jelaskan, ianya lebih parah jika melibatkan agama Islam itu sendiri.
Lihatlah betapa banyaknya kepercayaan khurafat dalam masyarakat Melayu Islam. Aku yakin sekali bukan orang Melayu Islam sahaja berdepan dengan hal ini, tetapi bangsa Islam yang lain pasti ada kerumitan yang serupa.
Aku rasa tidak perlu untuk aku senaraikan satu persatu akan kepercayaan tersebut kerana ramai orang di luar
Sekarang ini pula, masyarakat Islam sudah menganggap biasa malah sangat suka dengan khurafat dari barat, iaitu horoskop! Sehingga dalam akhbar harian juga ada ruangan khas berkaitan khurafat ini. Alah bisa tegal biasa.
Begitu juga dengan ibadah. Sudah begitu banyak tokok tambah yang dilakukan terhadap ibadah asal yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW. Aku tidak mahu mengupas panjang hal ini kerana polemik ini sudah lama wujud, malah umat Islam khususnya di tanah air sudah agak lama berhadapan dengan perbalahan ini. Alah bisa tegal biasa.
Sementara membudayakan perlakuan penganut atau bangsa lain juga semakin berleluasa. (Bukan isu yoga kali ini) Hari ini, masyarakat Islam khususnya di
Tidak salah untuk mengucapkan selamat kepada penganut agama lain, malah ianya bagus untuk menjernihkan hubungan, tetapi jangan linient dalam soal hukum agama. Jangan sewenang-wenangnya memberi kredit kepada kebenaran sesuatu yang disambut oleh penganut lain. Nilai Islam itu sangat tinggi, campur aduk dengan fahaman luar adalah kesalahan besar.
Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagimu musuh yang terang.
Surah AlBaqarah. Ayat 208.
Ikutlah budaya yang tidak ada sebesar zarah pun bertentangan dengan Islam. Ingat, Islam itu bukan agama yang kolot, cumanya Islam itu sudah sempurna dan tidak perlu dihadharikan lagi!
Pada hari ini, telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku telah menyukai Islam itu menjadi menjadi agamamu.
Surah AlMaa’idah. Ayat 003.
Bagaimana pula dengan keterbatasan fizikal? Banyak sekali perilaku manusia itu diteruskan akibat fizikal itu terbatas atau proses untuk sesuatu perubahan itu berperingkat-peringkat, menyebabkan manusia lambat sedar atau berubah.
Surah AlBaqarah. Ayat 195
Keseluruhannya, sikap alah bisa tegal biasa ini adalah sifat azali manusia, cumanya yang menjadi penekanan aku kali ini ialah sikap begitu terhadap hal-hal yang salah, buruk, negatif malah berdosa.
Dunia hari ini, tidak kira dunia Islam mahupun keseluruhannya, berdepan dengan krisis ini, kerana manusia itu memiliki jiwa yang suka bersenang-senang tanpa mengaitkan sesuatu itu dengan mental dan fizikal mereka.
Sesungguhnya penerangan yang terkandung di dalam Al Quran itu bersifat pendedahan atau revelation.
Surah AlMaa’idah. Ayat 090.
Sudahpun terbukti arak itu kotor (menggugat kesihatan), malah perbuatan itu kotor dalam masa yang sama. Mabuk sehingga hilang kawalan diri, bercakap dan beraksi bukan-bukan hingga ke pentas maksiat yang lain, membuatkan peminumnya nampak busuk dan tidak bersih dsb.
Surah AnNaml. Ayat 077.
Begitulah Kami wahyukan kepada engkau Wahyu (Quran) itu dengan perintah Kami. Engkau dahulunya tiada mengetahui apakah Kitab itu dan apakah kepercayaan itu, tetapi (Quran) Kami jadikan cahaya terang, yang dengan itu Kami pimpin orang-orang yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau memimpin ke jalan yang lurus.
Surah AsySyuraa. Ayat 052.
Maha Berkat Allah yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.
Surah AlFurqaan. Ayat 001.
Surah AlKahfi. Ayat 054.
Surah AlFatihah. Ayat 006.
Kenangkanlah kembali kehidupan rasulullah SAW dan para sahabat mulia, yang begitu istiqamah dalam melayari kehidupan mereka. Sesungguhnya, beristiqamah itu sangat susah dan berat, tetapi menjadi lambang mereka yang ingin mempertahankan iman.
2 comments:
psycholgy view yg aku tau mempunyai satu kesilapan iaitu tidak mengaitkan spiritual.hasil dr zaman renausance mengasingkan duniawi dan ukhrawi.takde sprit sapa yg arahkan kita,setan la .homework kau bagus dgn mengaitkan ayat AlQuran dgn psychology.manusia adalah product ,buku manualnya adalah wahyu,kerana pencipta kita yg tau nak optimumkan kegunaan produk ciptaannya.langgar buku manual rosak la produt.selamat beramal.
jazakallahukhair.
Post a Comment