Thursday, March 8, 2012

Dia, Kami dan Kamu


Kamu seperti kami,
Bentuk dan rupa,
Sifat dan jiwa,
Cuma pilihan berbeza,
Lalu kita tak sama.

Kami seperti kamu,
Sedar kewujudanNya,
Kerana itu fitrah kita,
Cuma pegangan tak sama,
Lalu kita berbeza.

Kamu tak seperti kami,
Memilih untuk menduakanNya,
Demi sebuah keikhlasan,
Demi taat dan cinta,
Tapi akhirnya sia-sia.

Kami tak seperti kamu,
Memilih untuk mengagungkanNya,
Demi kepatuhan,
Demi ketakutan dan harapan,
Kerana akhir itu ada janjiNya.

Dia itu sempurna,
Pencerah yang menyuluh gelita,
Pembimbing kearah yang benar,
Penyelesai kepada yang tak terungkai,
Kerana dia milikNya.

Dia untuk semua,
Untuk kamu dan untuk kami,
Untuk masa lalu dan masa kini,
Kerana sempurna yang tiada cela,
Kerana dia milikNya.

Kami memilih dia,
Demi mencari pelindung diri,
Walau kami penuh noda,
Walau kami pembuat dosa,
Kerana kami manusia biasa.

Kamu menolak dia,
Kerana kamu tidak tahu,
Mungkin juga kerana angkuh,
Memeluk yang selain dia,
Kerana kamu manusia biasa.


Kami dan kamu adalah kita,
Yang sama-sama memerlukan dia.

Kamu dan kami adalah kita,
Yang sama-sama mendambakan dia.

Lalu,
Carilah dia agar terbela,
Carilah dia agar selamat,
Carilah dia agar bahagia.

Lalu,
Peluklah dia demi kebenaran,
Peluklah dia demi kedamaian,
Peluklah dia demi kejayaan.

No comments: