Wednesday, March 11, 2009

Lingua Franca



Assalamualaikum

Banyak bahasa wujud di dunia ini. Kepelbagaian etnik dan bangsa merupakan faktor yang sangat jelas mengapa bangsa manusia bertutur berlainan bunyinya.

Dunia pula, secara umum, sudah beberapa kali mengalami perubahan kebudayaan, kesan daripada perubahan atau pembentukan tamadun demi tamadun.

Bila berbicara tentang perubahan tamadun, tiga bidang utama iaitu politik, ekonomi dan pendidikan biasanya akan terlibat dalam proses perubahan atau anjakan.

Apabila tamadun yang baru digerakkan untuk penyebaran, bahasa merupakan medium penyampaian yang sangat penting. Kita perlu melihat betapa hal ini merupakan satu fakta yang bertunjangkan sejarah!

Di zaman kegemilangan tamadun Islam misalnya, di mana manusia disajikan dengan satu tamadun yang begitu hebat, bahasa Arab telah dipilih oleh Allah Azzawajjal sebagai bahasa pengantar atau bahasa penyebaran Islam di zaman awal tamadun ini.

Tamadun yang digerakkan dengan kekuatan tauhid dan akidah ini bergerak dengan bahasa Arab, sehinggakan Imam As-Syafie, yang berbangsa Arab, menghabiskan hampir dua puluh tahun untuk belajar bahasa Arab yang paling sempurna, demi membantu beliau mendalami rahsia Al Quran, yang kita tahu bukan bicara sembarangan, sebaliknya merupakan firman Allah Azzawajjal.

Sejarah membuktikan pentingnya penguasaan lingua franca, yang bermaksud bahasa yang menjadi perantaraan dalam sesuatu bidang, yang melampaui sempadan budaya dan adat pelbagai bangsa di muka bumi.

Mari kita kembali meneliti perkembangan di zaman kemajuan tamadun Islam, di mana ilmuan Islam memimpin kemajuan di pelbagai lapangan. Ramai manusia, tidak kira yang beragama Islam ataupun tidak berlumba-lumba untuk ke pusat pengajian di negara-negara Islam untuk menuntut ilmu.

Bahasa Arab yang merupakan bahasa utama dalam pendidikan era itu, atau boleh juga disimpulkan sebagai bahasa utama dunia, telah didalami oleh mereka-mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki ke Mesir, Iraq dsb.

Semasa pemerintahan Meiji di Jepun, kerajaan mereka zaman itu tidak mengabaikan betapa perlunya belajar bahasa asing demi menggerakkan kemajuan ke tahap maksimum, memandangkan pada zaman itu, negara-negara di barat sudah meniti pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.


Namun, kita sendiri saksikan di zaman ini, bangsa-bangsa yang dahulunya menimba ilmu dengan bermediumkan bahasa yang bukan bahasa mereka telah berdiri untuk mengepalai bidang ilmu, terutamanya bidang sains dan teknologi.

Bahasa Arab telah digantikan dengan bahasa-bahasa lain seperti Inggeris, Jepun, Jerman dsb. Mengapa ini berlaku sedangkan dahulunya bangsa-bangsa ini bertungkus-lumus mempelajari bahasa Arab?

Ini kerana mereka ini mengurangkan sentimen dalam belajar. Siapa tidak sayang budaya bangsa mereka? Tetapi kita harus tahu di manakah sesuatu perkara itu harus diberi keutamaan.

Kerana mengerti keperluan inilah, orang Jepun yang dahulunya mula belajar teknologi sains dan peperangan dalam bahasa Inggeris, kini bukan sahaja maju, malah berjaya menjadikan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu.

Kerana mengerti keperluan inilah, orang Yahudi Zionis yang berhati busuk, pembohong dan perosak itu lebih faham akan isi-isi Al Quran dan hadith-hadith berbanding kita.

Kerana mengerti keperluan inilah, orang-orang barat yang dahulunya dikongkong pengaruh jumud gereja berjaya mendalami ilmu-ilmu tokoh-tokoh Islam, sehingga nama-nama mereka turut dibaratkan!

Jadi, untuk kita di zaman moden ini, terimalah hakikat bahawasanya bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan utama dalam bidang ilmu.

Apa yang terjadi di negara kita ini ketika ini adalah kerana mainan politik yang tidak habis-habis, serta perlaksanaan yang sangat lemah oleh pihak bertanggungjawab.



Mengapa tidak duduk semeja dan ilhamkan sesuatu yang bersifat menang-menang? Mengapa populariti yang lebih dicari?

Aku bukan pengkhianat bahasa. Kita harus rasional. Emosi bukan ukuran tepat untuk dijadikan sandaran dalam membuat keputusan.

Sedangkan Allah Azzawajjal, dalam kitab Al Quran mahu kita sentiasa berfikir, kerana itulah nilai kita berbanding makhluk lain. Kurniaan akal olehNya.

Kalau mahu mengagungkan bahasa Melayu, lahirkanlah bijak pandai yang boleh berbahasa Melayu, yang aku percaya akan berbakti kepada saudara-saudaranya, iaitu dengan melahirkan idea-idea bernas dalam bidang sains dan matematik.

Dan apabila golongan-golongan ini melahirkan penemuan-penemuan baru yang dianjurkan dengan bahasa Melayu, pada masa itu inshaAllah bahasa ini boleh menjadi bahasa ilmu.

Bukankah banyak penulisan ilmuan Islam berbangsa Melayu, yang ditulis dalam bahasa Melayu kini menjadi rujukan di universiti-universiti di Timur Tengah?


Kita ini berjuang untuk membentuk satu legasi perjuangan bagi generasi seterusnya, kerana perjuangan itu tiada noktahnya. Menang dan kalah itu bukan diukur dengan undi dan kuantiti, sebaliknya akhir destinasi, samada syurga atau neraka.

Baiki perlaksanaan, jujur dalam bertindak, kurangkan sentimen dan tamatkan manipulasi minda orang ramai.

Duduk dan berbincanglah, buktikanlah yang anda-anda ini, wahai ahli-ahli politik Malaysia, dipilih rakyat kerana anda berpandangan jauh untuk survival umat, bukan survival parti anda.

Aku hanya memberikan pandangan, kerana melihat ada saudara-saudaraku bermati-matian untuk sesuatu yang sebenarnya perlu diberi lebih ruang untuk dibahaskan, secara ilmiah.

Alangkah indahnya kalau kita bersungguh-sungguh menggesa kerajaan mengubah atau memperbaiki sistem pendidikan Islam di sekolah, dengan menitik beratkan pendidikan hadith kepada semua pelajar Islam?

Sekadar pandangan dan luahan. InshaAllah aku akan menulis lagi.

Barakallahufikum.

1 comment:

Anonymous said...

salam perkenalan,
Sipa tidak sayangkan bangsa kite.Win- win situation is goood way,tapi Bagaiman keadaan ini akan akan dapat direalisasikan dinegara Malaysia ini sekiranyanya pihak bertanggungjawab tidak mahu mengambil jalan ini.aku amat bersetuju sekali sekiranyanya bahasa inggeris dapat diketengahkan tapi biarlah jalan untuk mencapai kemuncaknya ialah dengan jalan2 yang ade strategi.contohnya, menberi bantuan ke$ menghantar mereka ke kelas2 bahasa inggeris, atau manghantar kursus di luar negara dan sebagainya.tetapi dgn menggunakan kaedah PPSMI adalah tidak sesuai, ini kerana, mereka akan ketandusan ilmu sekiranya mereka tidak paham b.lain.wassallam