Monday, February 9, 2009

Dahsyatnya Penangan Kuasa



Assalamualaikum

Aku terpanggil untuk mencoret luahan dan pandangan tentang isu semasa. Sungguhpun aku bukan tahi politik, tetapi sedikit sebanyak terasa juga gelombangnya, tambah lagi sebagai anak Melayu, politik sudah jadi adat, kesan sistem pecah perintah kuasa British di era zaman penjajahan.

Sebut pasal penjajahan, selepas 51 tahun, benih yang ditanam itu sudah berbuah. Hampir semua orang Melayu, terutamanya yang terlibat dengan politik meletakkan kuasa (kuasa politik) sebagai kepala kepada apa sahaja tindakan, keputusan dsb.

Kuasa seolah-seolah petrol untuk menggerakkan kenderaan.

Sampaikan ada yang berkata, kalau mahu berda'awah, kita perlukan kuasa pemerintahan dahulu. Ini sangat melucukan, dan dalam masa yang sama hati menjadi meluat mendengarnya.

Sedangkan rasulullah SAW menolak tawaran untuk menjadi pembesar Quraisy! Mengapa tidak baginda SAW mengambil tawaran tersebut dan baru berda'awah?

Bak isi dengan kuku, begitulah orang Melayu dengan kuasa. Tidak boleh dipisahkan. Memang siasah ini penting, tetapi bukanlah segala-galanya.

Sampai memberi pandangan pun harus lihat dahulu keuntungan yang boleh dicapai, tanpa mengendahkan kebenaran. Ini yang parah. Keadilan yang diajar Islam digantikan dengan kesetiaan kepada parti. Lagi-lagi yang sudah bergabung dengan mereka yang berfahaman lain.

Maaf, tetapi semua ini menjelikkan. Aku sangat-sangat menyokong kepada perubahan kerana yang sedia ada ini sudah memualkan, tetapi harus dilihat dahulu alternatif yang ada.

Islam tidak akan tertegak dengan strategi politik, perjanjian kerjasama atau lain-lain. Islam hanya akan tertegak dengan da'awah tulen ala rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Memang bumi ini harus dijaga oleh mereka yang mendaulatkan perintah Allah, tidak syak lagi. Tetapi perintah Allah itu menyeluruh, bukan dalam pentadbiran dan perundangan semata-mata. Allah berfirman yang bermaksud perlunya kita mengambil Islam itu secara menyeluruh, bukan bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Apa guna berpolitik 24 jam kalau akhirnya jalan yang kita ikut atau gunakan itu tidak seIslam yang sepatutnya? Janganlah leka bertakwil (dengan mengikut kehendak kumpulan), sehingga tanpa disedari perbuatan itu sudah melampaui batas.

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah melanggar batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melanggar batas.

Surah AlBaqarah. Ayat 190.

Sedangkan Allah sendiri, dalam menyuruh kita berjuang menghadapi musuh yang nyata (kufar) melarang keras segala tindakan yang melampaui batas.

Alangkah indahnya kalau dalam kita bermuafakat dengan mereka, atas kerjasama politik, baik pihak dacing atau tidak dacing, kita sebarkan Islam kepada mereka? Apa yang hendak ditakutkan?

Ajaklah mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang-orang yang menurut jalan yang benar.

Surah AnNahl. Ayat 125.


Kita marah dan meradang bila setiap kali mereka mengherdik atau mempersoalkan ajaran Islam, tetapi pernahkah kita mengambil pendekatan dengan berda'awah kepada mereka? Mungkin sahaja mereka belum tahu tentang kebesaran agama ini.

Janganlah kerana kuasa dan kedudukan, kita menghadkan penyebaran risalah ini.

Bukankah setiap manusia di atas planet bumi ini berhak untuk mengetahui kebenaran Islam? Adakah Islam ini milik Melayu? Atau adakah Islam ini milik parti Islam?

Atau adakah Islam sudah tidak relevan untuk semua?

Sudah pasti jawapan lisannya tidak! Tetapi mengapa sempit sekali perlaksanaannya?

Mengapa akhirnya yang dikecohkan hanyalah kedaulatan raja semata-mata? Mengapa yang dikeluh kesahkan kerusi dan undi?

Adakah semua itu indicator atau pengukur kepada kebenaran?

Sehingga berbaringan di atas jalanan, seperti orang hilang pertimbangan. Wahai saudaraku, hargailah nyawa yang dipinjamkan olehNya. Berda'awahlah, sebarkan risalahNya.

Kita mencari penilaian Allah. Biar ditolak rakyat, biar dibenci sekutu, biar disumpah musuh. Kalaulah itu yang harus dibayar demi kebenaran perjuangan ini!

Aku sudah letih dan jemu dengan persaingan ini, yang banyak mengorbankan jiwa pejuang Islam, yang asalnya tulus ikhlas, tetapi berubah menjadi keji dan penuh benci.

Dan aku juga sudah muak dengan pemimpin yang dipimpin oleh harta dunia.


Dahsyatnya penangan kuasa!

Kekasihku Muhammad SAW berpesan yang bermaksud berkata benarlah sekalipun ianya pahit.

Barakallahufikum.

2 comments:

Anonymous said...

aku setuju benar dengan kate2 saudara ku ini....saudara memang benar dlm mengeluarkan pendapat,tidak bias, dan menpunyai bukti2 yang kukuh....tetapi, saudara jgn lupa, mengapa kuasa di perlukan di malaysia, kerana kite mahu menghapuskan kuasa2 yang zalim di negara ini...setiap kali kate-2 yang benar keluar dari pemimpin-2 tertentu, mesti di putarbelitkan....bagaimana harus kite menegakkan keadilan.insan mencari kebenaran.wassalam

Ibn Yusuf said...

Terima kasih.Tidak dinafikan kuasa itu perlu, seperti dalam satu perenggan, aku ada mengatakan bahawa bumi ini sewajarnya dijaga oleh mereka2 yang taat dan patuh kepada Allah SWT.

Cuma yang aku ingin ajak semua renungkan ialah apakah hanya ada satu sahaja jalan bagi mencapai kuasa agar bumi Allah ini terbela?

Adakah hanya dengan politik semata2?

Aku tidak skeptical terhadap politik, kerana siasah ini adalah lumrah.

Cumanya, kuasa, seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW dan para sahabat, diternak dan dituai oleh da'awah yang sangat ulung.

Percayalah, da'awah, apabila dilakukan dengan cukup syarat dan gaya yang berkesan, akan menundukkan sesiapa dan apa sahaja, dengan izin Allah.

Negara Islam pertama iaitu Madinah tidak terbentuk kalau bukan kerana keberkesanan da'awah nabi SAW.

Kalaulah di Malaysia misalnya, kita sungguh2 berda'awah, dan kalau sampai masa Allah hantar pertolongannya, kemenagan yang tercapai pasti lebih bererti dan tinggi nilainya di sisi yang Esa.

Kita perlu keluar berda'awah, hatta kepada Lim Kit Siang dan Karpal Singh, agar mereka juga beroleh peluang mengenali kebenaran hakiki.

Percaturan politik yang melampau hanya mengundang pembenihan perkara-perkara yang lagho, yang akhirnya boleh menghilangkan roh Islami dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun, aku berharap saudara dapat bersama-sama menyebarkan risalah Illahi ini.

Wallahualam.