Wednesday, June 8, 2011

Tali


Kala menjenguk realiti,
Demi meninggalkan segala sangsi,
Boleh sahaja kau mati,
Kalau bertuankan hati..

Berkiblatkan hati,
Bukan tanda hati-hati,
Sebaliknya kau kan murung sendiri,
Pilihanmu bakal membinasakan diri..

Apa yang dipandu?
Atau apa yang memandu?
Mana halamu?
Dan ke mana tujuanmu?

Lihat dunia ini,
Seperti sudah mereka miliki,
Jauhnya bayangan hakiki,
Bagaikan janji yang takkan terjadi..

Apa seterusnya?
Duduk tunggu semata?
Firman-firman itu mengambil tempatnya?
Namun masihkah kau percaya?

Lalu apakah yang terhidang?
Mahu jadi pejuang?
Atau hanya hulubalang?
Mungkinkah petualang?

Di hujung itu sudah pasti,
Usah kau sanggah sesuka hati,
Kerana persaksian itu bukan sebarang janji,
Janji kukuh milik Ilahi..

Depan itu sudah bertiti,
Teruslah mara jangan behenti..
Depan itu setia menanti,
Peganglah tali agar tak rugi..



No comments: