Layar ini adalah garapan minda Ibn Yusuf@TheTinyStone. Selagi mana aku menulis dan melontar rahsia mindaku ke atas layar ini memberi manfaat, ucapkanlah Subhanallah, dan sekiranya anda benci atau mendapati madahku di atas layar ini serong dari jalan ilmu Islam, beristighfar dan tegurlah aku, sebagai saudaramu. Allah jua tempat kita bernaung akhirnya..
Friday, April 15, 2011
Apa Sebelum Apa?
Madahmu tidak harus melampaui realiti,
Impianmu jangan sampai melebihi yang tergapai,
Walau naluri itu selalu mengkehendaki,
Walau hati itu sentiasa mahu dituruti..
Tenanglah, kerana itu lebih bererti,
Di sebaliknya ada tanda kebijaksanaan,
Namun yang utama, ajaklah akalmu berfikir,
Kerana nanti hadirlah mahumu untuk iqra..
Iqra membuka lembaran ilmu,
Dengan ilmu, kita belajar menghormati,
Dengan ilmu, kita akan dihormati..
Hadirkanlah yang pertama sebelum yang kemudiaan,
Lalu kau mampu menjadi pemimpin yang baik,
Sekurang-kurangnya untuk dirimu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam saudara....menghilang untuk mencari jalan pulang....tahniah kerana sudah jumpa jalan pulang....sama sama kite berjuang....
It's beautiful blog. I suka puisinya lah.. ^_^
Salam,
Saya akan memperkenalkan mesin pencari baru WAZZUB. Untuk mempromosikannya anda silahkan daftar gratis. Dan anda berhak untuk memperoleh bonus dollar jika anda bias mengajak keluarga, teman dan lain-lain klik di sini http://signup.wazzub.info/?lrRef=591a5
Wassalam
roziiq
Post a Comment