Layar ini adalah garapan minda Ibn Yusuf@TheTinyStone. Selagi mana aku menulis dan melontar rahsia mindaku ke atas layar ini memberi manfaat, ucapkanlah Subhanallah, dan sekiranya anda benci atau mendapati madahku di atas layar ini serong dari jalan ilmu Islam, beristighfar dan tegurlah aku, sebagai saudaramu. Allah jua tempat kita bernaung akhirnya..
Monday, June 14, 2010
Salam Terakhir.wmv
Bila baris-baris lagu ini menyapa,
Terkenang semua yang bernama manusia..
Manusia yang dikenang,manusia yang disayang..
Fikiran ini melayang,mengenang yang sudah menerima janjiNya..
Tiada yang tinggal walau bayang-bayang,
Cuma anggapan tentang rindu yang bukan kepalang..
Fikiran melayang mengingat yang masih di sini,
Membayang perpisahan yang bakal menjelang..
Namun salam terakhir ini kan ku pegang,
Kerana tak ku tahu bila janjiNya akan datang..
Kalau mereka yang pergi dulu,jiwa ini pasti bergoncang..
Andai aku yang sampaikan salam terakhirku dahulu,
Biarlah semuanya tenang..
Demimu salam terakhir,
Izinkan diri ini terus berjuang..
thetinystone
14/06/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment