Layar ini adalah garapan minda Ibn Yusuf@TheTinyStone. Selagi mana aku menulis dan melontar rahsia mindaku ke atas layar ini memberi manfaat, ucapkanlah Subhanallah, dan sekiranya anda benci atau mendapati madahku di atas layar ini serong dari jalan ilmu Islam, beristighfar dan tegurlah aku, sebagai saudaramu. Allah jua tempat kita bernaung akhirnya..
Wednesday, July 13, 2011
Kaku
Bagai pungguk rindukan bulan,
Terbang tinggi pergi mencari,
Kerana rindu itu...,
Jelmaan cinta,
Kerana rindu itu...,
Bayangan kasih,
Walau dapat itu tiada yang pasti.
Boleh sahaja pungguk tak sampai,
Boleh sahaja pungguk tak sempat,
Dan boleh sahaja pungguk memilih bintang,
Sebagai galang ganti walau tak serupa..
Bagai ribaan menanti jatuhnya bulan,
Duduk membatu menunggu impian,
Cintakah?
Kasihkah?
Rindukah?
Atau impian itu turut mengimpikan?
Boleh sahaja bulan jatuh,
Boleh sahaja bulan terus di situ,
Kerana andai ribaan itu patuh,
Masa nanti akan menentu..
Nak seribu daya,
Tak nak seribu dalih,
Jalanlah cari cahaya,
Mana tahu terpilih..
Jangan kaku,
Nanti layu,
Jangan kaku,
Nanti terkedu..
Kaki yang berjalan bukan penentu,
Fikiran berputar pun belum tentu,
Andai jiwa itu masih kaku,
Menzahir bukti menjadi syahdu..
Syahdulah pada yang satu,
Merintih, mengemis, mintalah...
Jangan kaku menunggu seru,
Kelak jadi insan yang kalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Jual Kaligrafi dari kayu hasil karya Seni Jepara
Free Download New Software Animation
Puisinya cakep, karya yang bagus dan indah.
cool shot! keep it up!
Post a Comment