
Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari tahun baru. Dan tahun baru ini kita buka dengan berita tentang kebenaran yang diberikan oleh mahkamah kepada
Gereja Katholik untuk menggunakan kalimah
Allah dalam penerbitan mingguannya,
Herald - The Catholic Weekly.Aku percaya, ramai umat Islam di Malaysia rasa
tertampar dengan keputusan ini
termasuklah aku. Tetapi inilah realitinya, undang-undang yang kita ikuti membolehkan perkara ini diadili sedemikian.
Namun aku cuba
berfikir rasional. Samada cuba rasional dalam
menentang atau akur akan hal ini, rasional dalam mencari yang
positif dalam hal ini, dan rasional dalam
menduga prospek atas kejadian ini.
KEPUTUSAN MAHKAMAH - TENTANG ATAU AKUR?
Aku akur
lunas undang-undang telah diguna pakai dengan sebaiknya oleh pihak perayu yakni Gereja Katholik dalam menjalankan tuntutan mereka. Namun,
aku menentang keputusan ini atas dasar sensitiviti. Pihak gereja harus tahu betapa
mahalnya nilai keharmonian dalam negara ini. Walaupun di satu sudut, ada
ulama yang tidak menyangkal, dan aku juga berpendapat sedemikian, tentang
bolehnya pihak bukan Islam menggunakan kalimah Allah atas nilai bahasa, bukan istilah Islam, tuntutan ini terlalu
bersifat penting diri oleh pihak gereja. Bayangkan jika ada pihak bukan Islam mahu menggunakan nama 'masjid' bagi menggantikan rumah ibadat mereka...
Sudah tentulah sebahagian masyarakat Islam tanah air akan
marah dan tidak puas hati. Benar, ada negara tertentu yang sudah
menerima dengan baik situasi seperti ini, seperti Indonesia, Eropah dan negara-negara Arab, tetapi tidak di Malaysia. Aku tahu, hujjah aku untuk menentang keputusan mahkamah ini tidak kuat, tetapi nilailah ia atas dasar sensitiviti!
Sensitiviti bukan asas hukuman atau perundangan, tetapi sensitiviti harus diteliti dan dihormati.
POSITIF!
Sebagai hamba Allah SWT,
aku mahu positif atas setiap ketentuanNya, baik yang
berwajah indah atau buruk di mata kita. Kita bukan di zaman lampau, yang mana Allah mengirim bala sebagai bala/hukuman. Kita di satu zaman, yang mana, setiap izin dan perkenan Allah Azzawajjal disertakan olehNya
rahmat dan hikmah.Berbalik kepada hal ini, memang tak dinafikan, selain menganggap kalimah Allah sebagai
hak eksklusif Islam, terdapat sesetengah umat Islam
merisaukan tentang
kekeliruan yang akan wujud dalam umat Islam di Malaysia ini, apabila akan terdapat
2 versi tentang Allah, yakini Allah yang ahad (satu) dan juga Allah versi Kristian, nauzubillah.
Ya, aku sedar akan hal itu. Dengan mengambilkira tentang pegangan sebahagian orang Islam zaman ini yang
longlai dan rapuh, tidak mustahil. kalaupun mereka
tidak keluar agama, nauzubillah, secara perlahan-lahan
minda bawah sedar mereka akan dipengaruhi untuk menerima versi yang tak sepatutnya.
Namun ada sinar atas kepayahan ini. Aku yakin, orang bukan Islam khususnya penganut Katolik akan berdepan hal yang serupa. Apabila mereka
menerima kalimah Allah untuk diversikan kepada agama mereka, secara tak langsung, versi Islam,
iaitu ketauhidan atas Allah yang satu akan secara tanpa mereka sedari akan terlintas dalam
benak mereka.
Laungan azan setiap hari, baik melalui pembesar suara masjid atau surau mahupun di televisyen atau radio akan menjadi medium memperkenalkan versi tauhid Islam, walaupun sedikit, kepada mereka-mereka ini.Amin ya Allah.
Dan kita sendiri, yang sudah biasa
membasahkan lidah dengan menyebut Allah akan memenuhi sedikit ruang minda mereka tentang realiti 2 versi ini, yang aku percaya, akan
menimbulkan kekeliruan pada yang sedar. Namun percayalah, kekeliruan yang disusuli dengan
perasaan ingin tahulah yang InshaAllah, akan membolehkan versi tauhid Allah yang satu akan menjadi pilihan mereka yang mencari!
PROSPEK DAN MASA DEPAN
Perjuangan dan pejuang Islam boleh mendapat
momentum baru dalam hal ini. Tanpa menafikan
kehampaan dan kerisauan, bantuan Allah SWT itu tetap ada. Dan biarlah kita sedikit takut dan risau, kerana itu lebih mendekatkan diri kita ini dengan Allah dan sunnah nabi Muhammad SAW.
Sedarlah semua saudaraku,
kekuatan utama Islam adalah kerana
hujjahnya yang bersifat fakta! Rasional, logik, memenuhi tuntutan dan pertanyaan naluri!Da'wah Islam adalah perjuangan menyemai
intipatinya dalam sanubari manusia, bukan perjuangan yang disokong oleh kekuatan material. Hujjah agama Allah ini adalah kerana
kebenaran firman yang terkandung dalam Quran itu sendiri.Pintu berhujjah telah terbuka disebalik
'kejayaan' pihak gereja dengan tuntutan mereka ini. Dalam aku sedikit sugul, aku ucapkan
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada yang telah menuntut hal ini,
walau apa pun agenda kalian!Ingat, selepas daripada hari ini, isu ini akan menjadi
polemik. Polemik ini akan
menyusup dalam minda sebahagian masyarakat, mungkin semua. Dan apabila datang kepada mencari kepastian, ayuh saudara-saudarku,
kita berhujjah. Bukan untuk menang, bukan untuk maruah, bukan untuk megah. Tetapi lebih daripada itu.
Untuk kebenaran!! Yang sewajarnya dipeluk oleh semua insan, tidak kira bangsa dan warna.
Kepada paderi Lawrence, sedialah anda berhujjah, bukan dengan kami para Muslimin, tetapi dengan anak-anak anda yakni penganut Katolik yang akan sedar keperluan mencari hakikat disebalik perkara ini.
Dilayar penulisanku ini, aku
ajukan cabaran kepada semua, terutamanya yang bukan Islam
khususnya penganut Katolik, hayati kedua-dua versi ini, Allah yang satu yakni konsep tauhid Islam atau Allah yang dituntut oleh pihak anda, yakni tuhan bapa, nauzubillah.
Bukan mencari jaringan gol, tetapi atas prinsip kebenaran. Mungkin anda Kristian hari ini, tetapi esok tiada siapa yang tahu.. Aku bersedia, dengan
kapisiti ilmuku, seperti yang pernah aku lakukan dengan kerap sebelum ini, baik semasa aku berkelana di tempat orang mahupun disini, untuk
berbincang dan berhujjah terutamanya dalam mengenal Allah yang sebenar.
Tidaklah Nabi Muhammad SAW itu diutusNya untuk memperkenalkan tentang kewujudan Allah kepada manusia, kerana percaya kepada tuhan adalah sifat naluri manusia, tetapi diutusNya
demi menunjukkan jalan yang tepat dan benar dalam mencariNya.
La ilaha illallah Muhammadurrasulullah.

Barakallahufikum.