
Assalamualaikum
Hayati baris dialog di bawah:
Guru : Murid-murid, sila beri jawapan kepada operasi darab berikut, 100 x 55. Kamu, sila jawab soalan tadi.
Pelajar 1 : Saya tahu, jawapannya ialah 155!
Guru: Salah! Jawapannya yang betul adalah 5500.
Pelajar 1 : Mana mungkin, betullah jawapan saya.
Pelajar 2 : Ya! Jawapan dia (pelajar 1) betul. Cikgu mengajar sesuatu yang salah.
Pelajar 3 : Cikgu ini sesat. Mana mungkin 100 x 55 itu sama dengan 5500? Sepatutnya jawapan kepada soalan itu ialah 155!
Guru : Nanti dulu. Jangan hanya kerana kamu keliru, jawapan yang benar kamu tolak. Adakalanya kebenaran itu mengelirukan. Biar saya terangkan lagi..Situasi yang aku reka di atas adalah bertujuan untuk
menggambarkan satu suasana yang lebih besar, iaitu
kemungkinan berlaku kekeliruan apabila
hadir satu kebenaran yang sangat asing dalam kehidupan seseorang.
Tetapi
menghukum sesuatu yang mengelirukan sebagai salah atau sesat amatlah tidak wajar. Ini kerana, kekeliruan itu adalah
natijah juga lumrah daripada proses
tidak tahu kepada tahu, tidak faham kepada faham dsb.

Kekeliruan boleh terjadi apabila seseorang itu disua dengan sesuatu hal, baik hal itu
bersifat benar mahupun salah. Orang yang tahu akan jawapan kepada 5 x 5 = 25, tetapi apabila orang lain hadir dengan jawapan 5 x 5 = 20, orang yang betul jawapannya itu masih sahaja boleh keliru.
Sementara orang yang menjawab 10 x 3 = 13, apabila datang kepadanya orang lain yang menjawab 10 x 3 = 30, orang yang salah jawapannya juga sudah tentu keliru.
(seperti yang digambarkan dalam dialog sebentar tadi.)Kekeliruan
wajar diatasi dengan kajian dan pendidikan. Kekeliruan bukan
batu loncatan untuk menghukum sesuatu itu sebagai salah.
Allah SWT telah
membekalkan kita dengan al quran, mengirim utusanNya iaitu rasulullah SAW beserta sunnahnya, serta mengurniakan akal kepada kita. Dengan
kombinasi ini, inshaAllah sesuatu yamg mengelirukan pasti dapat
dirungkai seterusnya meletakkan kebenaran di tempat yang betul.
Mendengar pelbagai dakwaan dan isu masa kini berkaitan
perbezaan pendapat tokoh-tokoh agama yang akhirnya menjadikan satu pihak
menuduh satu pihak yang lagi sebagai
sesat, gara-gara tertuduh memberi pandangan yang
mengelirukan sesetengah golongan telah menimbulkan satu unsur yang kurang sihat dalam masyarakat Islam khasnya.
Sedangkan kekeliruan itu wujud apabila
unsur kebenaran tertentu tidak pernah hidup dalam golongan atau masyarakat tersebut. Mari kita
renungkan secara mendalam akan perjuangan awal baginda SAW dalam menyebarkan da'awah Islam.
Baginda SAW datang dalam keadaan
kebenaran hakiki itu sangat asing. Masyarakat Jahiliyyah telah memiliki budaya dan kepercayaan sendiri, yang kebanyakannya
menyimpang daripada norma-norma kebenaran.Apabila baginda SAW hadir dengan
hujjah kebenaran daripada Al Quran, tidak semua orang pada masa itu dapat menerimanya, kerana, di samping mereka yang
memang teguh menolak serta memalsukan kebenaran, seperti kebanyakan orang Yahudi, ada juga antara mereka yang keliru, lantaran da'awah baginda SAW yang
begitu asing dengan amalan dan cara hidup mereka, yang bertunjangkan nafsu.
Jadi,
adakah kekeliruan yang wujud pada masa itu boleh dijadikan asas untuk mengatakan da'awah rasulullah SAW itu salah? Sudah tentu tidak!

Itu halnya dengan nabi SAW, yang
sangat hebat dan genius dalam berda'awah. Bagaimana pula dengan kita semua ini? Adakah jika ada individu tertentu, yang
betul hujjahnya dengan disokong oleh kesahihan nas dan dalil, namun
mengelirukan sesetengah pihak lantaran kurang faham atau tidak biasa dengan hal yang dihujjahkan,
wajar dihukum sebagai penyebar dakyah sesat?

Jika benar, penghukum
wajib mengutarakan hujjah balas tentang mengapa orang itu
didakwanya sesat, dengan
fakta yakni nas dan dalil sahih,
bukannya mengadu domba tentang sesatnya orang itu kerana hujjahnya mengelirukan sesetengah pihak, walhal tertuduh membawa hujjah dengan sokongan nas dan dalil yang sahih.
Jangan setakat
melabel orang lain dengan wahabi, perosak dsb, sedangkan label itu sendiri tidak dapat diikat denga definisi yang betul dan tepat.
Dan jangan pula
mencacatkan protokol ilmu apabila berlaku perbezaan dan kekliruan.
Kaji ruang perbezaan dan kekeliruan itu, ataupun berikan
kesempatan kepada penghujjah untuk memanjangkan penerangannya, demi menghormati prinsip ilmu dan menyanjung kebenaran.
Sahabat-sahabat baginda SAW serta tokoh-tokoh yang hebat juga pernah berbeza pandangan serta keliru dengan hujjah satu sama lain, tetapi tidak pula mereka
melaungkan hukum sesat terhadap satu sama lain dengan sewenag-wenangnya, malahan mungkin tiada hal sedemikian, yakni menghukum dengan mudah.
Barakallahufikum.