
Assalamualaikum
Pastikan
hari ini lebih baik daripada hari
semalam. Pastikan hari
esok akan lebih baik daripada hari ini.
Ini adalah baris-baris yang aku rasa sudah sinonim dengan kehidupan manusia yang berjangka hayat.
Berjangka hayat?Kita ada hari, minggu, bulan dan tahun. Kita ada istilah dekad, suku abad, setengah abad dan satu abad. Kita ada saat, minit dan jam. Semua ini kerana manusia itu berjangka hayat.
Jangka hayat menyebabkan manusia memerlukan sesuatu
panduan untuk
menongkat survival kehidupan mereka. Sama ada ianya berbentuk
assumption/andaian atau
fakta kukuh, manusia tetap tidak akan lari daripada mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai asas kepada tindakan mereka.
Di kala ini misalnya, ahli ekonomi umpama
nujum, di mana andaian mereka sangat ditagih oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan. Apa sahaja buah fikiran dan analisa mereka akan diberi fokus yang tinggi, memandangkan suasana semasa ekonomi dunia yang tidak menentu.
Ramalan kaji cuaca, analisa politik, sukan dsb. Semua perkara ini mendapat tempat dalam
penilaian manusia yang mahu menilai (sesuatu).
Namun, jika kita selidiki betul-betul, apakah yang sebenarnya perlu dinilai oleh manusia amnya dan Muslim khasnya? Apakah sekadar mengenal pasti
solution atau alternatif terhadap sesuatu kemungkinan?
Apa yang seharusnya diadakan agar hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam? Dan apa pula yang perlu dilaksanakan esok agar ianya lebih baik daripada hari ini?
Itulah
legasi. Hari ini
(semasa) adalah warisan hari semalam. Dan begitulah seterusnya.

Manusia pula memiliki umur. Inilah sifat sesuatu yang berjangka hayat. Umur bukan dibawah kawalan manusia, ia ketentuan Pencipta.
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian itu dijadikanNya kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Seorang perempuan tiada akan mengandung dan tiada akan melahirkan kandungannya, melainkan dengan ilmu Allah. Dan tiada akan dipanjangkan umur orang yang panjang umurnya, dan tiada akan dikurangi umurnya, melainkan tertulis dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah mudah belaka.Surah Faatir. Ayat 011.Bila jangka hayat ini
dihubungkan dengan legasi, manusia seharusnya boleh mencapai satu kepastian yang lebih tepat. Manusia akan lebih nampak
realiti yang rasional. Realiti perlu sesuatu yang bersifat rasional. Realiti semata-mata tetapi tidak rasional akan melahirkan tindakan yang bersifat dangkal, lemah dan yang paling besar sekali adalah bongkak atau
penting diri.Apabila realiti bersifat rasional, pelaku akan meninggalkan sesuatu yang sangat
bermanfaat untuk pewaris.
Umpamanya dalam perjuangan. Apabila seseorang yang berada di kerusi pemimpin bertindak tanpa sesuatu yang rasional, realiti yang dilahirkan nanti akan mengundang pelbagai
petembungan yang menggugat perjalanan kerja dan perjuangan itu sendiri.
Bukan mencari salah, tetapi inilah kepentingan
berpandangan jauh dan bertindak atas prinsip
fardhu kifayah.Lihatlah apa jadi kepada struktur pendidikan negara kita sendiri. Walaupun setiap tahun kita melahirkan para pelajar yang
membalun semua A selagi boleh, adakah kita sudah boleh
mendabik dada tentang kekuatan bidang ilmu di negara kita, atau setidaknya
berpuas hati dengan sistem tersebut?
Cuba renung kembali, bukankah kita masih sahaja
bergantung dengan
bijak pandai dari luar negara? Kita masih sahaja menagih
pelaburan dari syarikat luar, hatta industri makanan sekalipun. Mana perginya semua bjak pandai itu?
Tanpa
menafikan kecemerlangan pelajar itu sendiri, aku berpendapat mereka semua akhirnya hanyalah alat yang akan jadi pengukur kepada prestasi pemimpin, dalam konteks ini ialah barisan Kementerian Pendidikan itu sendiri.
Kalau boleh, setiap kali bertukar tangan jawatan-jawatan ini, akan lahirlah sistem baru dan penghapusan sistem lama,
tanap menilai sedalam-dalamnya akan keperluan dan rasionalnya mempertahankan atau memansuhkan yang lama.
Inilah antara masalah yang boleh timbul jika tiada
kesinambungan dalam legasi. Salah ini harus ditanggung oleh yang lama dan juga penggantinya.
Kita perlu berjuang untuk membentuk
legasi perjuangan itu sendiri. Lihatlah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Adakah baginda SAW memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur baginda SAW supaya da'awah boleh disambung terutamanya ke kawasan luar Mekah dan Madinah? Tidak bukan!
Baginda SAW telah tinggalkan
landasan perjuangan yakni da'awah yang berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Baginda SAW, sebagai manusia normal, yang akan menghadapi kematiaan atau pengakhiran hayat kehidupan telah melakukan sesuatu yang sewajarnya, sesuatu yang kena dan tepat untuk zaman awal Islam, iaitu
memperkukuhkan minda dan rohani Muslimin zaman itu.
Lihatalah kesannya. Hasil
pembangunan rohani itulah terbentuknya legasi perjuangan yang sangat utuh, di mana Islam tersebar dengan sungguh meluas di zaman para sahabat RA.
Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan perbuatan baik, bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi, sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka, dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah disukai oleh Tuhan, dan akan menukar mereka sesudah ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka menyembah Aku dan tidak mempersekutukan barang sesuatu dengan Daku. Barangsiapa yang ingkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang jahat.Surah AnNuur. Ayat 055.Kita perlu
ukur baju di badan sendiri. Kita tidak boleh
syok sendiri. Terimalah hakikat tentang hayat dan umur kita, dan mulalah berfikir serta bertindak dengan serasional mungkin, agar landasan yang bakal ditinggalkan adalah yang sebaik mungkin untuk
generasi kemudian.
Jika kita sentiasa mahu melihat dengan mata kepala kita sendiri akan kejayaan, nescaya kita akan
menghalalkan banyak perkara yang salah. Kita akan jadi penting diri.
Lihatlah perjuangan
Israel. Mereka memang
perosak yang durjana, tetapi jika kita teliti perancangan mereka, kita boleh lihat betapa
bersistemnya hal tersebut.
Mereka ini tidak sedikit pun mengejar
darjat peribadi, sebaliknya apa yang mereka sasarkan ialah kemenangan total untuk puak mereka. Setiap pemimpin mereka akan menyambung legasi perjuangan pemimpin terdahulu.
Walaupun tetap ada perubahan, namun ia tidak sehingga
merencatkan kesinambungan agenda mereka.
Mekanisme sebeginilah yang penting dalam mewujudkan legasi perjuangan yang teratur.
Aku tidak memuji, tetapi sekadar mahu kita berfikir. Padahal, Rasulullah SAW dan para sahabat RA telah meninggalkan satu legasi yang cukup baik dan kemas. Cumanya,
kesilapan demi kesilapan serta sabotaj pihak musuh menyebabkan kita alpa dan tersasar!
Inilah hakikatnya. Perjuangan kebanyakan pihak sekarang adalah bersifat peribadi. Naik pemimpin yang baru, habis dicantasnya tinggalan pemimpin lama, baik perkara positif mahupun negatif.
Perjuangan ini
bukan kerana nama. Perjuangan ini adalah tanggungjawab, iaitu bagaimana mahu memastikan
da'awah Islam sentiasa relevan. Kita tiada jaminan akan hidup di zaman kemenangan Islam, tetapi Allah SWT memberikan kita segenap peluang untuk menjadi sebahagian daripada jemaah yang akan
mempelopori perjuangan suci ini. Sekiranya ia berlaku di masa depan, biarlah landasannya di bina daripada sekarang, dan moga kitalah yang menjadi buruhnya.

Barakallahufikum.